Amanz
2 天前

Walaupun perkara ini memudahkan pengguna, namun ia tidak begitu digemari oleh penerbit kandungan. Terbaru, di Amerika Syarikat, penerbit Penske Media telah saman ke atas Google, mengatakan ciri berkenaan memberikan kesan kepada trafik di laman web mereka.
Apatah lagi, memandangkan Google memaparkan rumusan atau petikan ayat daripada web berkaitan di halaman carian Google, membuatkan pengguna tidak perlu lagi membuka sesuatu halaman berkenaan.
Penske Media mempunyai sejumlah judul dibawah mereka, termasuk Billboard, Variety serta melabur pada Vox Media. Penske Media turut mengatakan kesan daripada penurunan trafik, ia turut memberikan kesan kepada pendapatan mereka melalui jualan pautan sekutu (affiliate).
Sebelum ini, Google sedia mengatakan ramai menyukai ciri Google Ai Overviews, disamping mereka masih menghantar berbilion klik kepada pautan web daripada halaman carian. Selain itu, pada tahun ini, Google turut telah mula memperkenalkan ciri Google AI Mode pada carian.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free