Artis Hollywood zahir solidariti buat Palestin
1 天前
LOS ANGELES – Anugerah Emmy ke-77 pada Sabtu menjadi pentas solidariti buat Palestin, apabila beberapa bintang Hollywood lantang menyuarakan sokongan terhadap negara berkenaan serta mendesak gencatan senjata di Gaza.Pelakon siri Hacks, Hannah Einbinder, yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kategori Komedi, menutup ucapan kemenangannya dengan seruan 'bebaskan Palestin' sambil memakai pin merah Artists4Ceasefire, simbol desakan supaya Amerika Syarikat menggesa gencatan senjata segera.Di belakang pentas, Einbinder berkata, beliau mempunyai rakan-rakan yang kini menjadi petugas kesihatan di Gaza."Isu ini amat dekat dengan hati saya. Sebagai seorang Yahudi, saya rasa penting untuk membezakan antara agama Yahudi dengan negara Israel," katanya.Pelakon Sepanyol Javier Bardem pula hadir dengan mengenakan keffiyeh Palestin di karpet merah.Beliau menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong kekejaman di Gaza."Saya kehilangan pekerjaan bukan isu besar. Apa yang berlaku di sana lebih penting," katanya.Turut menyertai gelombang solidariti ialah pelakon White Lotus Aimee Lou Wood dan Natasha Rothwell, Ruth Negga serta Chris Perfetti, yang semuanya memakai pin merah yang sama.Sementara itu, pelakon Hacks Megan Stalter tampil dengan beg tangan bertulis "Ceasefire!" sebagai mesej jelas kepada dunia.Sejak 2023, pin Artists4Ceasefire menjadi simbol protes di pentas anugerah seperti Oscar dan Emmy, menuntut gencatan senjata kekal, penghantaran segera bantuan kemanusiaan ke Gaza.- Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️