Sayur jadi cenderahati unik majlis kahwin

11 小时前

Sayur jadi cenderahati unik majlis kahwin
SHAH ALAM – Bukan bunga telur atau manisan, sebaliknya tetamu sebuah majlis perkahwinan pulang dengan membawa pulang sayur-sayuran segar sebagai 'door gift' pada 31 Ogos lepas.Majlis perkahwinan Muhammad Syafiq Majid, 26, menjadi bualan ramai selepas keluarga pengantin memilih kelainan dengan menjadikan sayur sebagai cenderahati sehingga tular di media sosial.Menurut kakaknya, Nadiah Majid, 30, dari Gombak, idea berkenaan tercetus selepas melihat trend di TikTok dan Instagram sebelum diolah mengikut kreativiti sendiri."Terdapat beberapa jenis sayur dipilih sebagai cenderahati iaitu bendi, timun, lobak merah dan cili yang diagihkan secara rawak kepada tetamu sempena majlis perkahwinan adik lelakinya itu."Bagi memastikan sayur kekal segar, kami melakukan persiapan lebih awal termasuk membuat survei harga di Chow Kit dan mendapatkan pembekal yang boleh menghantar stok sehari sebelum majlis," katanya kepada Sinar Harian.Terdahulu, video 'door gift' sayur-sayuran dikongsikan Nadiah menerusi akaun TikTok rumahku.nadiku itu menerima 1.5 juta tontonan dengan 111,600 tanda suka.Lebih menarik, Nadiah berkata, usaha itu turut melibatkan kerjasama adik-beradiknya yang bergabung idea dan tenaga termasuk menyediakan bakul dan peralatan sedia ada di rumah untuk menjayakan konsep tersebut.Jelasnya, sayur-sayuran telah dimasukkan ke dalam beg kertas supaya semua tetamu boleh menerima stok sama rata, manakala sayur yang diletakkan di reruai diberikan pada hujung majlis.Ketika diminta mengulas mengapa memilih sayur-sayuran segar sebagai cenderahati untuk tetamu, beliau memberitahu, mereka cuba melakukan kelainan untuk majlis istimewa tersebut."Alhamdulillah, idea luar biasa itu mendapat sambutan positif apabila ramai tetamu suka menerima 'door gift' berkenaan."Ada juga tetamu seronok dan berbincang tentang menu boleh dimasak, ada cakap boleh buat asam pedas, asam laksa dan sebagainya," menurutnya.Tidak ketinggalan, tambahnya, mereka turut menerima gambar masakan daripada tetamu yang menggunakan sayur tersebut sebaik pulang daripada majlis....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description