Premier Sarawak seru rakyat hormati asas persekutuan sempena Hari Malaysia

15 小时前

Premier Sarawak seru rakyat hormati asas persekutuan sempena Hari Malaysia

BUTTERWORTH: Sambutan Hari Malaysia merupakan peringatan penting untuk menghormati dan memahami asas pembentukan negara yang berpaksikan semangat Persekutuan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa kekuatan sebenar negara lahir daripada perpaduan rakyat daripada wilayah-wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Beliau menyampaikan mesej ini menerusi rakaman video sempena Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth.

“Kekuatan sebenar negara terletak pada persatuan dan kesepakatan rakyatnya yang telah menjadi tonggak kepada pembangunan negara,“ katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan tersebut.

Abang Johari menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus menjunjung semangat Hari Malaysia dan mempertahankan asas yang telah menyatukan negara sejak 1963.

“Dengan semangat ini, marilah kita terus berganding bahu dan memastikan Malaysia terus berdiri megah sebagai sebuah negara yang maju, makmur, inklusif dan dihormati di pentas dunia,“ tambahnya.

Premier Sarawak turut menyentuh mengenai peranan penting Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Peranan ini memperlihatkan keupayaan Malaysia dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan serantau dan menjalin kerjasama erat dalam kalangan anggota ASEAN,“ jelas beliau.

Mengulas pencapaian Sarawak, Abang Johari berkata pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 telah meletakkan negeri itu di kedudukan keempat dalam kalangan negeri yang mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang sebagai tuan rumah sambutan tahun ini dan menyambut baik usaha kerajaan Persekutuan dalam menggilirkan sambutan Hari Malaysia di pelbagai negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin negeri hadir memeriahkan sambutan yang berlangsung di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi penganjuran. – Bernama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description