GAC Emkoo dapat skor lima bintang ASEAN NCAP
11 小时前
Berdasarkan ujian tersebut, GAC Emkoo memperoleh skor keseluruhan sebanyak 84.96 mata yang dinilai berdasarkan empat kategori berikut: Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 37.88/40.00 Perlindungan Kanak-kanak (COP) – 16.01/20.00 Bantuan Keselamatan (SA) – 18.57/20.00 Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) – 12.50/20.00
Model yang dipasang di Malaysia dan China itu secara standard dilengkapi dengan ciri keselamatan utama termasuklah enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Anti-Kunci (ABS), Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang. Selain itu, terdapat ciri keselamatan termaju seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB) dan Perlindungan Pejalan Kaki (PP).
Bergantung kepada varian, GAC Emkoo turut dilengkapi dengan teknologi Pengesanan Titik Buta (BSW), serta Peringatan Penumpang Belakang.
Untuk pasaran Malaysia, GAC Emkoo bakal dilancarkan tidak lama lagi dan boleh didapati dalam dua varian, iaitu Premium (harga dari RM120,000) dan Premium Pro (dari RM130,000).
Ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo yang mampu menjana kuasa 177 PS @ 5,500 rpm dan 270 Nm @ 1,400-5,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free