Pintas Utama raih penghargaan, terus santuni jemaah haji Malaysia

11 小时前

Pintas Utama raih penghargaan, terus santuni jemaah haji Malaysia
PINTAS Utama sekali lagi menzahirkan komitmen terhadap kebajikan jemaah haji apabila menerima plak penghargaan di atas sumbangan berterusan syarikat itu sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) menerusi penajaan set beg kepada jemaah Malaysia sepanjang tempoh Haji 1446H/2025.Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir Marhalim Mohamed pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH di sini.Agihan set beg berkenaan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negeri ketika penganjuran Kursus Perdana Haji, termasuk di Selangor pada April lalu yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.Marhalim berkata, sumbangan bagi tahun ketiga itu menjadi simbol kepada kekukuhan syarikat terbabit dalam menyantuni jemaah Muassasah."Ia amat bermakna bagi sebuah syarikat seperti Pintas Utama. Walaupun sederhana, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu melengkapkan persiapan jemaah sebelum berangkat menunaikan ibadah haji," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Selain berperanan sebagai syarikat berpengalaman dalam pengurusan cerun dan infrastruktur, Pintas Utama konsisten melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada rakyat merangkumi inisiatif pendidikan, kebajikan serta sokongan komuniti....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description