Polis siasat hubungan ibu mangsa dera kanak-kanak tiga tahun

17 小时前

Polis siasat hubungan ibu mangsa dera kanak-kanak tiga tahun

KUCHING: Polis telah mengambil keterangan ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang maut dipercayai akibat didera di Kampung Rampangi, Santubong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata wanita berusia 37 tahun itu bagaimanapun belum ditahan kerana siasatan masih dijalankan.

Beliau menyatakan polis setakat ini hanya mengambil keterangan ibu mangsa untuk membantu siasatan tanpa keperluan menahannya.

Polis turut menyiasat hubungan antara wanita itu dan suspek lelaki berusia 32 tahun yang kini direman bagi membantu siasatan.

Mohamad Zainal percaya mereka mempunyai hubungan saling mengenali tetapi hubungan sebenar masih dalam siasatan.

Beliau menegaskan mereka bukan pasangan suami isteri dan polis akan memaklumkan hubungan sebenar kemudian.

Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif terhadap dadah.

Bedah siasat terhadap mangsa telah dijalankan hari ini dengan jaminan siasatan kes itu akan dijalankan secara menyeluruh.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu memaklumkan lelaki berumur 32 tahun ditahan di Kampung Krian, Jalan Padawan bagi membantu siasatan.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – Bernama

...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from The Sun Daily ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description