Solidariti bersama rombongan flotilla ke Gaza/Solidarity with the Gaza freedom flotillas
1 天前
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya pintasan dan penculikan kru-kru rombongan pelayaran Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza.
Mereka menjadi rombongan kedua selepas Global Sumud Flotilla yang berlayar ke perairan Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan, tongkat dan susu formula bayi.
Sebanyak sembilan buah kapal yang memuatkan 150 kru kapal yang terdiri daripada aktivis, wartawan, pemimpin kesatuan pekerja, pemimpin agama, mahasiswa, artis dan ahli politik.
Israel sekali lagi berbuat sesukanya dengan memintas dan menculik kru-kru di dalam kapal termasuk sembilan rakyat Malaysia. Masyarakat antarabangsa wajib mengecam dan mendesak Israel untuk segera bebaskan aktivis kemanusiaan yang diculik dan tidak melakukan keganasan kepada aktivis-aktivis ini.
Bersih terus berpendirian bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan telah diisytiharkan sebagai melakukan jenayah genosida oleh pelbagai badan antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
Israel tidak mempunyai bidang kuasa di perairan antarabangsa terutama di perairan Gaza yang sedang mereka sekat untuk menghalang bantuan-bantuan kemanusiaan.
Selari dengan perundingan yang sedang dilakukan, Israel perlu menghentikan serangan di Gaza dan Palestin, serta tidak menyekat sebarang bantuan makanan dan perubatan untuk disampaikan dengan segera kepada rakyat Gaza.
Bersih berdiri teguh bersama rakan-rakan aktivis Freedom Flotilla Coalition, Thousand Madleens to Gaza dan rakyat Gaza di negara berdaulat Palestin. – Bersih
English version
Highest solidarity with the Freedom Flotilla and Thousand Madleens convoyThe Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) strongly condemns the interception and abduction of crew members of the Freedom Flotilla Coalition and Thousand Madleens to Gaza convoy.
This is the second mission after the Global Sumud Flotilla to sail towards Gaza waters to deliver humanitarian aid such as food, medicine, crutches and infant formula.
The nine vessels carried 150 crew members consisted of activists, journalists, trade union leaders, religious figures, students, artists and politicians.
Once again, Israel has acted with impunity by intercepting and abducting the crew on board, including nine Malaysians.
The international community must strongly condemn and pressure Israel to immediately release the abducted humanitarian activists and refrain from committing violence against them.
Bersih maintains its position that Israel has violated international law and has been declared by multiple international bodies, including the International Criminal Court, as committing acts of genocide.
Israel has no jurisdiction over international waters, especially Gaza’s waters, which it continues to blockade to obstruct humanitarian assistance.
In line with ongoing peace negotiations, Israel must immediately cease its attacks on Palestine, including Gaza, and stop blocking the delivery of food and medical aid to the people of Gaza.
Bersih stands in unwavering solidarity with our fellow activists from the Freedom Flotilla Coalition, the Thousand Madleens to Gaza and the people of Gaza in the sovereign nation of Palestine.
Break the silence. Break the siege. – Bersih
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free