[VIDEO] Kerajaan Madani bantu baik pulih SRA Kampung Medan akibat ribut
1 天前
KUALA LANGAT – Kerajaan Madani melalui tiga agensi agama tampil menyalurkan bantuan berjumlah lebih RM164,000 bagi membantu mangsa ribut dan membaik pulih kerosakan di Sekolah Agama Rakyat (SRA) Kampung Medan, di sini pada Jumaat.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, bantuan tersebut disalurkan hasil gembelingan tenaga antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Taqwa.Jelasnya, lawatan beliau bersama agensi-agensi terlibat ke sekolah berkenaan adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap musibah yang menimpa penduduk serta pelajar di kawasan itu."Kita ziarah ke Surau Sekolah Agama Rakyat Kampung Medan yang terkena musibah ribut baru-baru ini. Keadaan surau dan sekolah ini agak teruk, jadi kita datang bersama agensi-agensi agama untuk menyalurkan bantuan," katanya ketika ditemui selepas melawat sekolah berkenaan pada Jumaat.Dr Mohd Na’im berkata, bantuan yang disalurkan melibatkan RM64,000 daripada JAKIM, RM50,000 daripada YaPEIM dan RM50,000 daripada Yayasan Taqwa, menjadikan jumlah keseluruhan RM164,000.Beliau turut memaklumkan bahawa seramai 50 hingga 65 ketua isi rumah yang terkesan turut menerima bantuan, selain 13 pelajar cedera akibat kejadian ribut yang melanda pada Rabu lalu."Anak-anak ini cedera ketika mereka sedang belajar dan berusaha menyelamatkan diri. Ada yang terkena serpihan kaca dan sebagainya. Kita doakan semoga mereka segera sembuh," katanya.Dalam pada itu, Dr Mohd Na’im mengingatkan bahawa setiap musibah yang berlaku merupakan ujian daripada ALLAH SWT dan peluang untuk meningkatkan keimanan serta memperkukuh semangat saling membantu dalam masyarakat."ALLAH SWT berfirman bahawa Dia akan menguji dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan harta serta jiwa. Maka berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," ujarnya sambil menegaskan bahawa nilai ihsan menjadi teras utama pentadbiran Kerajaan Madani.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta media yang membantu melaporkan insiden tersebut."Kita boleh memilih untuk hanya melihat atau bertindak. Saya menyeru semua pihak, termasuk penduduk setempat, untuk terus saling bantu-membantu kerana kerjasama inilah yang akan mempercepatkan proses pemulihan," katanya.Dr Mohd Na’im berkata, dengan usaha bersepadu semua agensi dan masyarakat, diharap segala kerosakan di sekolah berkenaan dapat diperbaiki dalam masa terdekat demi keselesaan anak-anak yang menuntut ilmu....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️