Fasa paling mencabar bina semula Gaza

1 天前

Fasa paling mencabar bina semula Gaza
GENTING GAZA - Kira-kira seminggu selepas gencatan senjata berkuat kuasa, ratusan ribu penduduk Palestin kembali beramai-ramai ke kawasan utara Genting Gaza dengan impian untuk memulakan lembaran baharu.Tetapi, sekeliling mereka hanya dipenuhi timbunan sisa runtuhan struktur yang dibedil Zionis sepanjang 24 bulan lalu."Tubuh saya menggigil melihat skala kebinasaan di seluruh Gaza. Harapan saya musnah sama sekali untuk kembali ke rumah sendiri setelah sekian lama berlindung di bawah khemah sementara."Tiada apa yang tinggal kerana segala-galanya telah berubah," keluh Mahmoud al-Kafarneh, 37.Mustafa Mahram yang kembali ke Bandar Gaza turut terkesima apabila melihat rumah tiga tingkat yang didiaminya sebelum ini menyembah ke bumi."Semuanya rata menjadi debu. Keluarga kami ibarat dihumban ke tepi jalan dan hidup seperti gelandangan," kata Mahram dalam nada hiba.Menurut data terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan imej satelit, dianggarkan 92 peratus unit kediaman di Gaza telah rosak atau binasa.Kempen pengeboman ganas yang dilancarkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada bulan lalu telah memusnahkan kira-kira 83 peratus struktur bangunan di kawasan kejiranan di Bandar Gaza.Kira-kira 90 peratus daripada lebih dua juta penduduk Palestin kini memerlukan infrastruktur asas seperti tempat berlindung sementara serta bekalan air bersih.Selain itu, pihak berkuasa Gaza juga berdepan cabaran untuk membersihkan kira-kira 55 juta tan sisa runtuhan setara dengan 13 kali ganda Piramid Gaza bagi membolehkan klinik dan sekolah sementara dapat didirikan di bangunan modular.Langkah pembersihan bahan letupan dan peluru tidak meletup dengan ribuan jasad yang tertimbus merupakan proses paling sukar yang dijangka mengambil masa selama beberapa dekad sebelum pemulihan secara menyeluruh enklaf tersebut dapat dilaksanakan.Bagi merealisasikan projek mega itu, negara Arab bersama Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan bersedia menyumbangkan kira-kira AS$70 bilion (RM296 bilion)."Kami menerima maklum balas positif daripada beberapa rakan kongsi atas kesediaan mereka untuk menyalurkan bantuan," kata Jaco Cilliers di Program Pembangunan PBB (UNDP).Menurut agensi tersebut, kira-kira 81,000 tan sisa runtuhan telah dibersihkan dan usaha itu terus dipergiat. - Sumber : AFP/ AGENSI...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description