Amanz

2 天前

Amanz
OpenAI pada hari ini sedia menawarkan sokongan untuk menjana teks, gambar dan juga video. Terbaru, ia OpenAI telah memulakan langkah dalam membangunkan model kecerdasan buatan yang akan membolehkan penjanaan muzik atau audio dengan mudah melalui input berasaskan teks.

Pada hari ini, salah satu syarikat terkenal dengan penawaran sedemikian adalah Suno. Ia membolehkan pengguna memberikan arahan dan input dalam bentuk teks, dan seterusnya ia akan menjana lagu dan muzik bersesuaian. Ramai penerbit kandungan YouTube yang menggunakan Suno dalam menjana lagu latar untuk video mereka.

Dengan OpenAI menawarkan model sedemikan, ia akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi apakah bentuk kandungan yang akan digunakan untuk melatih model berkenaan. Ia dikatakan OpenAI bekerjasama dengan pelajar muzik Juilliard School dalam menyediaka nota muzik untuk melatih model berkenaan. Namun, ia tidak diketahui turut melibatkan kandungan muzik dan audio daripada pihak lain atau tidak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini, dan adakah ia akan dapat menyaingi Suno dan lain dalam arena sama.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description