Amanz

19 小时前

Amanz
Sistem penyejukan kebuk wasap diperkenalkan pada siri iPhone 17 Pro tahun ini bagi menyelesaikan isu prestasi berkurangan apabila peranti menjadi panas. Apabila iPad Pro M5 dilancarkan beberapa minggu lalu, ramai agak terkejut ia tidak dilengkapi sistem yang sama walaupun hadir dengan cip yang lebih berkuasa. Kebuk wasap iPhone 17 Pro

Menurut laporan terkini Mark Gurman di , iPad Pro dengan kebuk wasap akan hanya dijual bermula 2027. Pada waktu tersebut iPad Pro dijangka menggunakan cip Apple M6. Sistem penyejukan baharu ini memerlukan rekaan baharu digunakan.

Pada iPhone 17 Pro misalnya penggunaan kebuk menyebabkan keseluruhan tubuh bertukar semula kepada aluminium dan bukan lagi titanium kerana ia konduktor haba lebih baik. Pada waktu yang sama keseluruhan tubuh iPhone 17 Pro kini menjadi sinki haba.

Kebuk wasap ini akan membezakan iPad Pro dengan model iPad yang lain selepas ini. Kuasa lebih tinggi dan berterusan dapat dicapai dengan sistem penyejukan yang lebih efisien berbanding sekarang.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description