Amanz

3 天前

Amanz
Disney+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, dan menawarkan pelbagai kandungan eksklusif melaluinya. Terbaru, melalui perkongsian penyata kewangan terbaru, pihak Disney turut berkongsi perancangan untuk perkhidmatan penstriman berkenaan.

Salah satunya adalah fungsi memfokuskan kecerdasan buatan janaan, dimana Disney+ dilihat akan menawarkan kebolehan untuk para penonton menghasilkan kandungan janaan AI, selain turut menonton kandungan janaan AI melalui platform tersebut.

Disney Plus

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah ciri ini akan berfungsi. Berkemungkinan, ia akan hadir dengan integrasi elemen Disney, membolehkan pengguna mengintegrasikan diri mereka dengan watak atau dunia Disney, dan berkongsi melalui platform berkenaan.

Akhir-akhir ini, kita sedia melihat OpenAI hadir dengan penawaran Sora yang membolehkan pengguna menjana kandungan AI dan berkongsi bersama lain. Meta turut melakukan perkara sama melalui ciri dinamakan Vibes. Ia tidak diketahui sama ada pelanggan akan gembira untuk menonton kandungan seumpanya pada platform Disney+ atau sebaliknya buat masa ini, memandangkan ramai yang ke platform berkenaan untuk menonton filem dan siri TV, dan bukannya kandungan pendek atau kandungan janaan pengguna lain, apatah lagi dengan AI.

Disamping ciri ini, Disney juga ingin menambah fungsi seumpama permainan pada platform mereka. Untuk makluman, Netflix sedia menawarkan Netflix Games dibawah langganan mereka, namun penggunaannya masih jauh jikalau dibandingkan dengan angka tontonan siri TV dan filem.

Buat masa ini, Disney masih tidak berkongsi tarikh sasaran untuk pengenalan ciri-ciri ini kepada umum.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description