Amanz

3 天前

Amanz
Selepas diperlihatkan secara rasmi di Persidangan APEC penghujung Oktober lalu, Samsung dipercayai akan melancarkan peranti skrin trilipat pertama mereka pada 5 Disember depan. Ini adalah menurut maklumat yang dikongsi oleh menerusi ciapan beliau di X. Turut disahkan oleh beliau ialah peranti ini akan menggunakan nama Samsung Galaxy Z Trifold dan bukannya Galaxy G yang diuar-uarkan sebelum ini.

Evleaks turut mendedahkan Galaxy Z Trifold akan dilengkapi skrin luar 6.5″ dengan keterangan puncak 2600 nit sementara di dalam pula skrin lipat sebesar 10″ dengan keterangan maksimum 1600 nit. Ini akan dipadankan dengan cip Snapdragon, kamera utama 200MP dan bateri sebesar 5437mAh. Apakah model cip Snapdragon masih lagi misteri begitu juga dengan sokongan pengecasan.

Tiga panel skrin masing-masing mempunyai ketebalan 3.9mm, 4.0mm dan 4.2mm dengan ia setebal 12.1 mm apabila dilipat sepenuhnya. Sebagai perbandingan, Galaxy S25 Ultra ialah setebal 8.2 mm. Galaxy Z Trifold dipercayai akan dilancarkan di Korea Selatan sahaja terlebih dahulu dengan harga sekitar $3,000 (~RM 12,390) sebuah.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description