Porsche 911 (997.2) milik James May dibuka untuk bidaan, terlalu banyak kereta dan tidak cukup ruang
6 天前
Porsche 911 (997.2) Carrera S 2010 milik personaliti TV terkenal, James May, kini ditawarkan secara bidaan tanpa harga rizab di dalam platform dalam talian Collecting Cars.
Alasan jualan? Beliau terpaksa melepaskannya kerana terlalu banyak kereta dan tidak cukup ruang.
James May memiliki kereta sport ini sejak baharu dan hanya dipandu sejauh 50,362 km. Kereta ini dijaga dengan baik dan sentiasa disimpan di dalam garaj.
Memandangkan bidaan sedang berlangsung, harga terkini setakat artikel ini ditulis ialah GBP37,750 (RM205,326) sebelum sesi tamat pada 26 November.

Spesifikasi Teknikal
Enjin: Flat-six 3.8 liter naturally aspirated. Kuasa: 380 bhp, 420Nm. Transmisi: 6-kelajuan manual. Jarak Perjalanan: Hanya 31,294 batu (50,362 km).Ciri-Ciri Utama

Unit ini dipesan dengan spesifikasi ‘purist’ yang memperlihatkan citarasa James May yang mementingkan aspek pemanduan dan estetika klasik:
Warna Luaran: Carrara White. Dalaman: Kabin kemasan kulit Ocean Blue dengan trim bercorak aluminium. Roda: Rim aloi Carrera Classic 19-inci dengan spacer 5mm. Brek: Angkup brek berwarna merah. Tayar: Michelin Pilot Sport. Pemanduan dan Kestabilan: Pembeza belakang gelinciran terhad, Porsche Active Suspension Management (PASM) dan Porsche Stability Management (PSM). Pilihan Teknologi (Dipilih oleh James May): Sistem audio Bose, Porsche Communication Management (PCM) dengan navigasi, kawalan jelajah (cruise control), pengelap belakang dan cermin depan berwarna kelabu atas. Kelengkapan Lain: Porsche Vehicle Tracking System (Sistem telah diputuskan sambungan).Sejarah Penyelengaraan dan Kelengkapan

Kereta ini diselenggara dengan baik oleh pengedar utama Porsche Centre West London dan pakar Number 5 Garage.
Ia dibekalkan dengan semua sejarah penyelengaraan lengkap, manual pemilik, sijil MOT, V5, borang pesanan dan invois asal serta berus pembersih James May yang terkenal.
MOT Terkini: 31 Oktober 2024 pada 30,778 batu (49,532 km). Servis Terkini (Mei 2025): Penggantian besar di Number 5 Garage, merangkumi kedua-dua radiator hadapan, tayar hadapan, komponen penyaman udara, semua hos penyejuk dan semua cecair utama (minyak enjin, minyak kotak gear, bendalir brek).Rekod Servis Mengikut Tarikh:
Okt 2012 (7,694 batu / 12,382 km): Porsche Centre West London. Nov 2014 (15,711 batu / 25,285 km): Porsche Centre West London (termasuk palam pencucuh). Okt 2015 (21,834 batu / 35,138 km): Porsche Centre West London (bateri/geganti pemula). Ogos 2017 (26,160 batu / 42,099 km): Number 5 Garage. Mei 2025 (30,793 batu / 49,557 km): Number 5 Garage (servis utama).
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

