Ribut Tropika Senyar: Nampak jalur ribut, nelayan tidak turun laut

8 小时前

Ribut Tropika Senyar: Nampak jalur ribut, nelayan tidak turun laut
SABAK BERNAM - "Kami tahu ada ribut tropika, tapi gagah juga turun sebab dah lama tak ke laut," demikian kata nelayan pesisir pantai, Shakirin Hamdan, 24, yang nekad keluar menangkap ikan malam Khamis walaupun menyedari amaran Ribut Tropika Senyar dikeluarkan.Shakirin bersama rakannya, Mohd Jamaluddin Napiah, 34, turun ke laut kira-kira jam 8 malam sebelum pulang semula sejam kemudian selepas keadaan ombak tidak menentu.Menurutnya, ketika berada di tengah laut, keadaan ombak beralun menyebabkan bot bergoyang hingga menyukarkan pergerakan."Ombak tak terlalu kuat macam yang pernah saya alami sebelum ini, mungkin sebab kami sempat balik awal."Kalau diperhatikan, nampak keadaan laut gelap masa tu, selain nampak jalur ribut dari jauh," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.Bagaimanapun, Shakirin memberitahu, ribut tropika itu dipercayai berlaku di kawasan lebih jauh dianggarkan empat hingga lima batu nautika dari pesisir, menyebabkan ia tidak menghempas pantai Sekinchan.Shakirin menjelaskan, kawasan tangkapan nelayan pesisir pantai hanya sekitar dua batu nautika dari daratan."Kami tawakal saja, doa banyak-banyak, tapi bila nampak ombak tak baik, kami tak tunggu lama," ujarnya yang sudah lima tahun pengalaman menjadi nelayan.Tambahnya, mereka pulang tanpa sebarang hasil kerana ikan dipercayai ‘lari’ ke kawasan lebih tengah selepas air hujan bercampur dengan air laut menyebabkan habitatnya berubah."Memang tak ada tangkapan ikan hari ini, mungkin ikan banyak tertumpu di kawasan tengah," jelasnya.Shakirin yang masih bujang berkata, walaupun sudah biasa turun ke laut pada waktu malam kerana ikan lebih mudah berkumpul, situasi ribut tropika kali ini membuatkan mereka lebih berhati-hati."Mak ayah saya sempat pesan supaya hati-hati bila ke laut, namun apa pun saya syukur sebab selamat," ujarnya.Seorang lagi nelayan, Hadi Suandi, 39, memaklumkan, dia tidak turun ke laut sejak fenomena air pasang besar dan Ribut Tropika Senyar melanda kerana bimbang risiko keselamatan.Menurutnya, berdasarkan pengetahuan dan pembacaan sebelum ini, kejadian ribut tropika sepatutnya sukar berlaku di kawasan Selat Melaka."Sepatutnya ribut ini tak sampai ke kawasan kita, tapi kali ini janggal kerana ia berlaku di perairan ini hingga menyebabkan kami kena jaga-jaga," katanya.Jelasnya, kawasan pesisir Selat Melaka sepatutnya terlindung daripada ancaman ombak besar berbanding Laut China Selatan kerana bentuk geografi serta keluasan perairan lebih kecil.Seorang lagi nelayan, S. Kumar, 39, berkata, fenomena air pasang besar yang melanda sejak minggu lalu menjadi ancaman besar kepada nelayan menyebabkan mereka memilih untuk kekal di darat sehingga keadaan reda."Ribut memang tak boleh keluar, kalau ada amaran atau pihak berkuasa nasihatkan, kami memang duduk darat saja," katanya.Kumar mengakui situasi itu menjejaskan pendapatannya kerana banyak komitmen bulanan perlu ditanggung walaupun tiada hasil diperoleh.Katanya, keadaan cuaca pada November dan Disember sememangnya sinonim dengan tempoh nelayan terpaksa berehat.Biasalah bulan November dan Disember, tapi bagi saya baru setahun jadi nelayan, ini pengalaman pertama," katanya.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description