JPA jayakan Program Kampung Angkat, Sekolah Angkat Madani di Seri Menanti
18 小时前
KUALA PILAH – Program Kampung Angkat Madani JPA yang dilaksanakan di Seri Menanti di sini berjaya meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur dan pembangunan modal insan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.Menurutnya, sebanyak RM1.146 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan lapan projek infrastruktur utama yang memberi manfaat langsung kepada penduduk kampung, hasil kerjasama pelbagai agensi kerajaan di peringkat negeri dan daerah."Antara projek yang dilaksanakan termasuk pemasangan lampu solar, naik taraf Perpustakaan Desa, Balai Raya, gelanggang sukan dan futsal, serta kerja-kerja membaik pulih surau dan dewan sekolah," katanya ketika ditemui pada Program Penyerahan Projek Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani JPA di Seri Menanti pada Sabtu.Beliau berkata, pelaksanaan projek berkenaan melibatkan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah serta GIATMARA Seremban.Selain projek fizikal, beliau berkata program itu turut merangkumi pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Mini Karnival Sihat Madani, program kerohanian, sukan tiga penjuru serta penghayatan adat resam tempatan bagi memperkukuh perpaduan komuniti.Dalam pada itu, Mohd Shaiful berkata, buat julung kalinya, Program Sekolah Angkat Madani JPA turut diperkenalkan pada tahun ini sebagai inisiatif baharu yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, dengan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi meningkatkan persekitaran pembelajaran di sekolah terlibat."Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah menaik taraf dewan peperiksaan dan bengkel pembuatan, selain membekalkan peralatan pembelajaran digital seperti Google TV dan papan pintar (smartboard) bagi menyokong kaedah pengajaran interaktif," katanya.Beliau menambah, pembangunan modal insan turut diberi keutamaan melalui pelaksanaan program kepimpinan pelajar, perkhemahan unit beruniform Madani, kem kerohanian, program pemantapan akademik serta majlis apresiasi kecemerlangan pelajar.Mengulas impak program tersebut, beliau berkata pemasangan lampu solar di kampung berkenaan bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan penduduk, malah membantu mengurangkan risiko kejadian jenayah serta mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk aktiviti sosial dan sukan.Malah katanya, JPA bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Pembangunan Negeri akan melihat serta memantau agar kemudahan yang diberikan dapat terus dimanfaatkan oleh penduduk kampung.Ketika ditanya mengenai kesinambungan projek Kampung Angkat ini, katanya, Program Kampung Angkat Madani JPA akan diteruskan pada masa hadapan dengan pemilihan kampung-kampung lain bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat disalurkan secara terus kepada rakyat tanpa perlu melalui jabatan-jabatan lain.Beliau berkata, peruntukan bagi program itu disalurkan oleh Kementerian Kewangan, dan setiap kementerian serta jabatan turut melaksanakan inisiatif Kampung Angkat masing-masing termasuk Sekolah Angkat Madani yang baharu diperkenalkan, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

