Amanz
11 小时前
Ciri ini ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu, khusus untuk pelanggan Google AI Pro dan juga Google AI Ultra.

Dengan penawaran ciri ini, ia membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai jawapan berasaskan kepada konteks mereka tersendiri, termasuk mengambil kira pelbagai perkara melibatkan seseorang pengguna. Langkah ini turut membolehkan Gemini menganalisa apa yang anda minat dan citarasa peribadi, dan mengaitkan dengan pelbagai data dan sejarah sebelumnya.
Sebagai contoh, anda boleh meminta ia mencadangkan tempat bercuti, dan ia akan mengambil kira perjalanan dan percutian anda sebelumnya, sekaligus memberikan cadangan baharu. Dalam contoh juga, Google bertanyakan akan saiz tayar kereta dan juga nombor plat kereta, dan Gemini membantu dalam urusan berkenaan.
Ciri “Personal Intelligence” juga memposisikan Google sebagai peneraju dalam arena kecerdasan buatan, memandangkan mereka mempunyai pelbagai perkhidmatan yang menghubungkan pengguna. Ini juga mungkin merupakan salah satu ciri yang sukar ditawarkan oleh OpenAI dengan integrasi menyeluruh sepeti Google.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

