Laman Embun capai 100 peratus pengambilan minggu pertama pelancaran

16 小时前

Laman Embun capai 100 peratus pengambilan minggu pertama pelancaran
SHAH ALAM - Eastern & Oriental Berhad (E&O) mengumumkan presint komersial pertamanya iaitu Laman Embun di City of Elmina di sini mencapai 100 peratus pengambilan hanya dalam minggu pertama pelancarannya pada November tahun lalu.Pencapaian itu mencerminkan permintaan pasaran yang kukuh serta peningkatan keyakinan pembeli terhadap konsep perbandaran terdesentralisasi dirancang secara menyeluruh, menawarkan kemudahan harian, kebolehcapaian dan kebolehdiaman jangka panjang di luar pusat bandar tradisional.Kejayaan Laman Embun turut membuka laluan kepada pelancaran Seri Embun, pembangunan kediaman seterusnya oleh E&O di Elmina yang dijadualkan pada Februari 2026.Seiring pasaran hartanah Malaysia menyesuaikan diri dengan perubahan corak kerja dan keutamaan gaya hidup, tingkah laku pembeli menunjukkan perubahan ketara apabila semakin cenderung kepada perbandaran lengkap yang mengintegrasikan elemen kediaman, komersial dan komuniti bagi menyokong kehidupan seharian.Terletak di Koridor Guthrie yang pesat membangun, Seri Embun mendapat manfaat daripada rangkaian perhubungan serantau yang kukuh di samping mengekalkan pendekatan perancangan berteraskan perbandaran.Kawasan sekitarnya disokong oleh hab pendidikan, kemudahan gaya hidup dan aktiviti komersial yang semakin berkembang, sekali gus mengukuhkan kebolehdiaman jangka panjang serta memastikan kemeriahan aktiviti harian berterusan.Pengarah Urusan E&O, Kok Tuck Cheong berkata, Seri Embun mencerminkan pendekatan yang lebih holistik terhadap kehidupan bandar moden."Pembeli hari ini lebih berhati-hati dalam membuat komitmen dan Seri Embun bertindak balas terhadap perubahan ini dengan menawarkan persekitaran perbandaran yang bersambung baik bagi menyokong kehidupan seharian, pekerjaan dan komuniti di luar pusat bandar tradisional," ujarnya dalam kenyataan.Beliau berkata, pembangunan itu direka sebagai kejiranan bersepadu yang menekankan kebolehcapaian, kemudahan harian, kebolehdiaman jangka panjang dan integrasi komuniti, selari dengan perubahan cara rakyat Malaysia menilai lokasi untuk didiami dan dilabur.Sebagai bab kediaman seterusnya E&O di Elmina, Seri Embun dibangunkan berlandaskan falsafah placemaking yang telah lama diamalkan syarikat itu, dengan penekanan terhadap reka bentuk berskala manusia, kesalinghubungan dan kebolehsuaian jangka panjang.Pembangunan berkenaan turut berasaskan sauh komuniti utama yang diperkenalkan lebih awal dalam perbandaran Elmina, termasuk kelab pertama di kawasan itu serta komponen komersial bersepadu bagi menyokong keperluan harian penduduk.Terletak di atas tanah tinggi yang menghadap Elmina, Seri Embun memperoleh identiti tersendiri melalui topografi semula jadi yang meningkatkan pengalaman kehidupan serta mengukuhkan karakter perbandaran dalam konteks persekitaran yang lebih luas.Dengan pelancarannya dijangka pada Februari 2026, tumpuan E&O di Elmina dilihat bukan sekadar pelancaran satu lagi projek kediaman, sebaliknya menandakan fasa seterusnya pembangunan perbandaran yang dirancang untuk berkembang secara organik bersama komuniti.Untuk maklumat lanjut, layari www.easternandoriental.com....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description