Amanz
12 小时前

Dengan model yang dilatih dengan data dan karya harta intelek sendiri, tidak wujud konflik karya orang lain dicuri untuk menjana karya baharu atau menjana pendapatan. Firefly Foundry berkemampuan menghasilkan story board, mempercepatkan proses pra-produksi, menjana kandungan yang konsisten dengan gaya syarikat dan boleh menyelesaikan isu pasca produksi tanpa perlu mengeluarkan lebih banyak belanja melakukan penggambaran semula. Kandungan yang boleh dijana Firefly Foundry adalah dalam bentuk gambar, video, audio, vektor dan kandungan 3D.
Kesemua ciri-ciri di atas sudahpun disokong dalam aplikasi seperti Photoshop dan After Effects cuma sebelum ini model Adobe Firefly dilatih menggunakan data yang dikatakan mencuri hak milik orang lain. Firefly Foundry dilihat sebagai penyelesaian kepada isu etika menggunakan AI generatif dalam menghasilkan kandungan di masa hadapan.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free

