'Boleh mendulang emas, tapi jangan usik tanah kami' - Penduduk

10 小时前

'Boleh mendulang emas, tapi jangan usik tanah kami' - Penduduk
JELI - Aktiviti mendulang emas yang dibenarkan oleh Kerajaan Kelantan menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk di Kampung Kalai di sini.Hal ini kerana Sungai Tadoh sejauh empat kilometer yang diwartakan sebagai lokasi mendulang perlu melalui kawasan rumah serta kebun milik mereka.Penduduk yang ingin dikenali sebagai Awang, 60, berkata, mereka bimbang orang ramai yang mempunyai lesen dan bukan penduduk tempatan akan meneroka tanah mereka tanpa kebenaran."Mereka boleh mendulang kerana sungai adalah milik kerajaan negeri tetapi jangan usik tanah kami."Kami bimbang aktiviti ini akan menyebabkan hakisan sungai dan ia dikhuatiri melibatkan tanah kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jumaat.Menurut dia lagi, selain itu sungai yang sekarang cetek juga akan menjadi lebih dalam sekiranya tersilap langkah.Bagi pemilik tanah kebun, Siti, 45, pula, untuk ke sungai yang diwartakan oleh kerajaan negeri perlu melalui kebun milik ahli keluarganya."Sudah tentu saya bimbang, sebab ada tanaman yang baharu ditanam, jika ada orang luar lalu lalang ia sudah pasti akan merosakkannya."Kepada pendulang, kami tidak marah hendak mendulang. Tetapi jika kami tegur bila ada berlaku kesilapan harap dengarlah, jangan melawan," katanya.Menurut Nini, 21, sebagai penduduk di sini mereka kurang selesa apabila ada orang luar mulai masuk ke kawasan tanah kebun.Ujarnya, sebelum kerajaan negeri umum kebenaran mendulang lagi kes ini berlaku dan bimbang mereka akan menggunakan alasan ada lesen serta sungai ini telah diwartakan."Sedangkan ia tanah kami, hak milik persendirian."Kami mencadangkan agar kerajaan negeri mencari tanah rizab lain untuk diwartakan sebagai lokasi sah mendulang. Cara ini dapat mengelakkan sebarang konflik sekali gus memudahkan kerajaan memantau setiap pergerakan pemilik lesen mendulang," katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan, lesen mendulang emas di Kelantan mula diedarkan pada Khamis dengan hanya tiga individu hadir menuntutnya di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Kota Darulnaim di sini.Daripada 332 individu yang memohon, hanya 20 lesen sudah siap sepenuhnya dan boleh dituntut bila-bila masa.Seorang pemohon yang juga peniaga, Ahmad Fauzan Mohd Zain, 48, berkata, impiannya untuk memiliki lesen mendulang emas akhirnya tercapai selepas melalui proses permohonan yang ditetapkan....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description