Trump dakwa guna senjata rahsia hingga berjaya tangkap Maduro

10 小时前

Trump dakwa guna senjata rahsia hingga berjaya tangkap Maduro
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa tentera negara itu menggunakan senjata rahsia dikenali sebagai 'discombobulator' dalam operasi ketenteraan di Caracas yang membawa kepada penangkapan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro pada awal Januari lalu.Menurut Trump, peranti berkenaan menyebabkan sistem pertahanan musuh gagal berfungsi sepenuhnya, termasuk roket buatan Rusia dan China yang tidak dapat dilancarkan walaupun telah diaktifkan.Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai senjata itu dengan alasan ia melibatkan maklumat sulit keselamatan negara."Peralatan mereka tidak berfungsi. Mereka tekan butang, tetapi tiada apa berlaku," katanya dalam wawancara bersama New York Post baru-baru ini.Rumah Putih setakat ini belum mengesahkan secara rasmi kewujudan atau spesifikasi senjata tersebut.Operasi yang dinamakan Operation Absolute Resolve itu disifatkan sebagai tindakan paling drastik dalam hubungan tegang antara Washington dan Caracas sejak lebih sedekad lalu.Amerika Syarikat sebelum ini menuduh pentadbiran Maduro terlibat dalam rasuah, pencabulan hak asasi manusia serta rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.Maduro kini ditahan di Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan berkaitan narco-keganasan dan telah mengaku tidak bersalah. - Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description