Indonesia rancang jadikan lebuh raya bertol landasan kecemasan jet pejuang
16 小时前
JAKARTA – Indonesia merancang menjadikan lebuh raya bertol di seluruh negara itu sebagai landasan kecemasan bagi jet pejuang miliknya.Perkara itu memberi kelebihan strategik seakan memiliki banyak kapal pengangkut pesawat di seluruh kepulauan negara itu, lapor CNN.Ketua Staf Tentera Udara Indonesia, Tonny Harjono berkata, pihaknya berharap setiap daripada 38 wilayah negara itu akan mempunyai sekurang-kurangnya satu jajaran lebuh raya bertol yang boleh digunakan sebagai landasan kecemasan.Bagaimanapun, tiada garis masa khusus diumumkan.Rabu lalu, satu demonstrasi jet pejuang F-16 Tentera Udara Indonesia dan pesawat serangan Super Tucano berjaya melakukan pendaratan serta berlepas di sebuah lebuh raya bertol di wilayah Lampung di hujung selatan Pulau Sumatera.Timbalan Menteri Pertahanan, Donny Ermawan Taufanto menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian penting dalam memperkukuh sistem pertahanan negara.Penggunaan lebuh raya sebagai landasan ketenteraan bukan konsep baharu berikutan tentera Amerika Syarikat, Finland dan Sweden antara yang pernah melaksanakannya.Menurut kenyataan Tentera Udara Indonesia, penggunaan lebuh raya bertol sebagai landasan alternatif dijangka memperkukuh kesiapsiagaan operasi dalam menghadapi pelbagai ancaman tanpa menjejaskan fungsi utama lebuh raya sebagai infrastruktur pengangkutan awam.Penganalisis turut menyifatkan langkah itu sebagai pendekatan lebih efektif bagi negara yang mempunyai keluasan geografi besar.Indonesia merupakan kepulauan terbesar dunia dengan lebih 6,000 pulau berpenghuni merentasi jarak kira-kira 5,000 kilometer dari timur ke barat.Keadaan itu menjadikan perlindungan wilayah melalui kapal pengangkut pesawat sukar dan mahal yang boleh mencecah berbilion dolar....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

