Amanz

1 天前

Amanz
Sam Altman mengeluarkan kenyataan baharu yang kami yakin akan turut menyebabkan beliau dibidas. Dalam sesi soal jawab bersama, CEO OpenAI mengatakan kebimbangan tentang penggunaan air oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai “palsu, gila dan tidak berpijak kepada realiti”. Tambah beliau lagi, isu ini hanya relevan ketika pusat data masih menggunakan sistem penyejukan penyejatan, yang telah dihentikan.

Tetapi kenyataan yang lebih kontroversi ialah Altman mengatakan bahawa pertanyaan ChatGPT menggunakan tenaga setara 1.5 bateri iPhone adalah tidak masuk akal sedangkan yang lebih adil ialah tenaga untuk menjawab satu soalan, bukan tenaga untuk melatih model.

Beliau menyatakan manusia juga “dilatih” selama 20 tahun dengan penggunaan tenaga tinggi dalam bentuk makanan sebelum menjadi pintar. Oleh itu AI mungkin sudah setanding atau lebih efisien daripada manusia dari segi penggunaan tenaga untuk menjawab satu soalan.

Jawapan yang diberikan oleh beliau ini pastinya akan menjadi satu lagi peluru yang akan digunakan untuk menembak keperluan sistem AI yang mengakibatkan penggunaan tenaga serta air yang tinggi. Permintaan pusat data juga menyebabkan harga peranti meningkat tahun ini dan dijangka menyebabkan beberapa syarikat bankrap kerana gagal mendapatkan bekalan komponen memori yang diperlukan.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description