Penggawa gerak Pertubuhan Sinar Kasih Kelantan bela golongan asnaf
18 小时前
PASIR PUTEH - Jawatan penggawa dalam masyarakat Melayu di Kelantan sinonim dengan kepimpinan yang dihormati kerana kebijaksanaan, keprihatinan serta keupayaan menyantuni rakyat.Di daerah Semerak, tradisi kepimpinan itu diteruskan oleh tokoh akademik, Dr Mustafa Ahmad yang memiliki kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.Atas kesedaran itu, Mustafa mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Sinar Kasih Kelantan (PSKK)."Usaha kebajikan yang digerakkan ini tidak hanya tertumpu di Kelantan, malah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak di seluruh negara," katanya.Antara program terbaharu ialah Majlis Berbuka Puasa bersama kira-kira 160 anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU dari seluruh Kelantan di sebuah restoran di Pantai Bisikan Bayu, Semerak pada 3 Mac lalu.Dalam pada itu, Mustafa turut merakamkan penghargaan kepada ahli kumpulan WhatsApp Bicara Minda Nusantara (BMN) yang banyak memberi sokongan kepada penganjuran program tersebut.Menurutnya, kumpulan itu mempunyai kira-kira 1,020 ahli yang terdiri daripada ahli akademik, tokoh politik, pegawai tadbir kerajaan, pesara serta tokoh masyarakat dari pelbagai latar belakang."Dalam tempoh seminggu, ahli kumpulan ini berjaya mengumpulkan sumbangan kira-kira RM13,000 bagi menjayakan program berbuka puasa ini."Kami membuka ruang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi menjayakan lebih banyak program kebajikan," katanya.Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Pertubuhan Sinar Kasih Kelantan 03090010078795....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

