Presiden Iran seru negara Islam bersatu, halang musuh semarak perang
11 小时前
TEHERAN – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menyeru negara-negara Islam agar kekal bersatu dan tidak membenarkan musuh memanfaatkan konflik untuk menimbulkan perpecahan serta menyemarakkan peperangan di rantau Asia Barat.Dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis malam, Presiden Pezeshkian menyifatkan serangan Iran terhadap pangkalan dan pusat ketenteraan AS di rantau itu sebagai tindak balas segera dan sah terhadap yang disifatkan Iran sebagai pencerobohan terhadap Republik Islam tersebut.Beliau menghargai sikap berprinsip kerajaan dan rakyat Malaysia yang mengecam pencerobohan AS–Zionis yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan terhadap Iran.Pezeshkian menegaskan bahawa negara-negara Islam tidak boleh membenarkan musuh dunia Islam memanfaatkan situasi untuk menimbulkan perbalahan dan mengapi-apikan api perang di rantau tersebut.Presiden Iran itu juga menekankan bahawa Republik Islam tidak pernah berhasrat memiliki senjata nuklear, fakta yang disahkan berulang kali oleh laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).Beliau menolak dakwaan Barat mengenai hasrat nuklear Iran sebagai alasan rekaan yang digunakan bagi menjustifikasi serangan haram dan tidak berperikemanusiaan ke atas kedaulatan dan integriti wilayah Iran."Kami mahu perang berakhir sepenuhnya dan keamanan serta ketenangan dipulihkan di rantau ini," kata Pezeshkian, sambil berharap negara Islam dan negara bersaudara akan berganding tenaga untuk menyelamatkan Asia Barat daripada bencana yang cuba dipaksakan musuh.Dalam perbualan itu, Perdana Menteri Malaysia menyampaikan ucapan takziah atas syahidnya Ayatollah Seyyed Ali Khamenei serta pegawai kanan, anggota tentera dan awam yang terkorban akibat agresi ketenteraan AS–Israel.Beliau menegaskan solidariti penuh Malaysia dengan kerajaan dan rakyat Iran serta mengingatkan bahawa Parlimen Malaysia telah meluluskan resolusi mengecam tindakan agresi tersebut.Anwar menegaskan sokongan Malaysia terhadap tuntutan sah Iran untuk menghentikan peperangan dan menghalang sebarang agresi ketenteraan lanjut terhadap Republik Islam, sambil menekankan keperluan segera inisiatif diplomatik oleh negara-negara Islam untuk memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau tersebut.Sehingga kini, Iran berikrar akan mengekalkan langkah pertahanan dan tindak balas sehingga AS dan rejim Israel 'menyesali' serangan yang tidak berasas, termasuk melaksanakan hampir setiap hari operasi peluru berpandu dan dron ke atas lokasi di wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan dan aset ketenteraan AS di rantau itu.Republik Islam juga dilaporkan menutup Selat Hormuz bagi kapal minyak dan gas yang berkaitan dengan pihak musuh atau bekerjasama dengan mereka.-Agensi...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

