Scammer sasar pelajar di Perak, kerugian lebih RM124.9 juta

11 小时前

Scammer sasar pelajar di Perak, kerugian lebih RM124.9 juta
IPOH – Kes penipuan dalam talian di Perak sepanjang tahun 2025 merekodkan kerugian melebihi RM124.9 juta melibatkan ribuan mangsa daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar.Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 4,848 kes yang direkodkan berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, jenayah berkenaan tidak hanya tertumpu kepada golongan tertentu, sebaliknya melibatkan semua peringkat termasuk pelajar, penjawat awam, pesara dan pekerja sektor swasta."Statistik menunjukkan mangsa lelaki dan wanita adalah hampir seimbang, namun warga emas dikenal pasti sebagai golongan paling terdedah."Bagaimanapun, trend semasa turut menunjukkan peningkatan kes dalam kalangan pelajar," katanya ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (PH-Pantai Remis) pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Khamis.Mohd Azlan menjelaskan, antara modus operandi yang paling kerap dilaporkan ialah penipuan telekomunikasi seperti panggilan palsu dan ‘phishing’, diikuti penipuan pelaburan tidak wujud, penipuan e-dagang, ‘love scam’ serta penipuan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin canggih.Dalam usaha mengekang jenayah tersebut, kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi termasuk PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).Katanya, MCMC menyediakan sokongan teknikal seperti penurunan kandungan di platform media sosial, sekatan laman sesawang serta pembekalan maklumat pemprofilan dan analisis forensik digital bagi mempercepatkan siasatan dan tindakan penguatkuasaan."Pendekatan menyeluruh turut dilaksanakan menerusi penubuhan Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) pada 14 Oktober 2022 yang menghimpunkan kepakaran pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri."Kerjasama ini membolehkan tindakan lebih pantas diambil, khususnya dalam menyekat transaksi dan mengesan akaun yang terlibat dengan penipuan," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, aspek kesedaran awam turut diberi penekanan menerusi pelaksanaan Kempen Internet Selamat oleh MCMC yang dilancarkan pada 2025.Menurutnya, sepanjang tahun lalu, kempen tersebut telah dilaksanakan di 906 sekolah di seluruh Perak melibatkan pelajar peringkat rendah dan menengah.Katanya, bagi tahun 2026, program ini akan diperluaskan ke peringkat kampung, mukim dan daerah bagi memastikan mesej keselamatan internet dapat disampaikan secara lebih meluas dan berkesan kepada masyarakat.Tambah beliau, bagi langkah jangka panjang, kerajaan memberi fokus kepada peningkatan literasi digital, penggunaan teknologi AI dan analisis data bagi pengesanan awal, selain memperkukuh undang-undang serta mengambil tindakan tegas terhadap sindiket penipuan dan akaun keldai.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description