Bangladesh mohon sokongan Sweden bagi penghantaran pulang Rohingya

19 小时前

Bangladesh mohon sokongan Sweden bagi penghantaran pulang Rohingya
DHAKA – Bangladesh menggesa Sweden memperhebat usaha advokasi di peringkat antarabangsa bagi mencari penyelesaian berkekalan terhadap krisis Rohingya, termasuk memastikan penghantaran pulang pelarian itu ke tanah air mereka di Myanmar secara selamat.Perkara itu disuarakan Timbalan Menteri Luar Bangladesh, Shama Obaed Islam, ketika menerima kunjungan hormat Pengarah Asia, Pasifik dan Amerika Latin Kementerian Luar Sweden, Daniel Wolven, di Kementerian Luar Bangladesh pada Khamis.Dalam pertemuan tersebut, Shama mengiktiraf Sweden sebagai rakan pembangunan yang dipercayai bagi Bangladesh, namun menegaskan bahawa krisis pelarian Rohingya yang berlarutan telah menimbulkan cabaran besar kepada negara itu dan rantau sekitarnya.Beliau berkata, kehadiran ratusan ribu pelarian Rohingya memberi tekanan besar terhadap sumber dan kapasiti Bangladesh, sekali gus memerlukan sokongan berterusan masyarakat antarabangsa bagi menangani isu kemanusiaan tersebut."Bangladesh memerlukan solidariti global yang berterusan bagi memastikan penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap krisis Rohingya," katanya.Sementara itu, Wolven menegaskan komitmen Sweden untuk terus memperkukuh kerjasama pembangunan dengan Bangladesh.Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai isu kestabilan serantau, kerjasama antarabangsa serta peluang memperluaskan hubungan dua hala dalam bidang perdagangan, teknologi dan daya tahan terhadap perubahan iklim.Terdahulu, Wolven mengadakan pertemuan dengan Setiausaha (Timur dan Barat) Kementerian Luar Bangladesh, Md. Nazrul Islam, bagi membincangkan langkah-langkah baharu untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.Krisis Rohingya kekal menjadi salah satu isu kemanusiaan terbesar di dunia sejak ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh susulan keganasan di negeri Rakhine pada tahun 2017.Bangladesh berulang kali menyeru masyarakat antarabangsa meningkatkan tekanan diplomatik bagi memastikan pelarian Rohingya dapat pulang ke Myanmar dengan jaminan keselamatan, hak kewarganegaraan dan perlindungan hak asasi manusia.– Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description