Dato Lembaga tegas Abdul Rahim sebagai Undang Rembau yang sah

14 小时前

Dato Lembaga tegas Abdul Rahim sebagai Undang Rembau yang sah
REMBAU - Krisis adat di Negeri Sembilan semakin memuncak apabila lebih 10 pemimpin utama adat Luak Rembau mendakwa tidak dimaklumkan mengenai majlis istiadat mengadap Tunku Besar Sri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang berlangsung di Istana Besar Sri Menanti, Kuala Pilah di sini petang Khamis bagi menzahirkan kejadian Undang Luak Rembau yang baharu.Mereka turut menyatakan pendirian menyokong Dato' Sedia Raja Abdul Rahim Yasin sebagai Undang Luak Rembau ke-22 yang telah pun dilantik dan dimasyhurkan mengikut adat sebelum ini.Dato' Lembaga Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak, Dato' Perba Abdul Razak Mohd Yassin berkata, pemilihan dan pemasyhuran Abdul Rahim adalah melalui kebulatan Dato'-Dato' Lembaga dan disokong Dato'-Dato' Lembaga Suku Nan 12 Luak Rembau.Menurutnya, pemilihan dan pemasyhuran itu juga adalah selaras dengan Perkara 14 dan 32 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959."Kami berdiri teguh di belakang Abdul Rahim, yang dipilih dan dimasyhurkan dengan sahnya mengikut adat Luak Rembau oleh Punca Kuasa Luak Rembau yang sah."Kami selaku Lembaga Adat Luak Rembau yang sah juga tidak tahu-menahu berkenaan sebarang majlis atau istiadat yang dijalankan di lstana Besar Seri Menanti," katanya pada sidang media di Balai Undang Luak Rembau, di sini, petang Khamis.Sidang media itu dihadiri tujuh Dato' Lembaga Tiang Balai Luak Rembau dan 10 Dato' Lembaga 12 Luak.Beliau berkata, kuasa memilih, memasyhur dan melantik Undang Luak adalah kuasa mutlak Punca Kuasa Luak yang sah, malah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan juga tidak mempunyai kuasa tersebut."Kami menegaskan bahawa sebarang istiadat yang kononnya akan diadakan itu adalah salah serta bertentangan dari segi adat dan undang-undang yang termaktub."Kami percaya istiadat itu, jika berlangsung adalah dihadiri oleh kumpulan atau individu yang bukan pemegang pesaka adat yang sah Luak Rembau dengan menipu menggunakan gelaran pesaka adat Dato'-Dato' Lembaga Luak Rembau," katanya.Tambah beliau, tindakan itu juga mewujudkan suasana gempar terhadap keamanan Luak Rembau dan satu pencabulan nyata terhadap prerogatif adat Luak Rembau serta cubaan tidak sah untuk menjatuhkan Abdul Rahim."Kami menggesa supaya pihak berwajib di Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk menghormati prinsip keluhuran perlembaaaan dan keandekaan Adat yang diamalkan dalam keranggka Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959," katanya.Justeru itu katanya, laporan polis akan dibuat secara individu oleh semua Dato' Lembaga Luak Rembau berhubung isu terbabit dalam masa terdekat.Sebelum ini media melaporkan Dato'-Dato' Adat Luak Rembau mengadap Tunku Ali di Istana Besar Sri Menanti bagi menzahirkan kejadian Undang Luak Rembau ke-22.Pengerusi Kerapatan Buapak Delapan Kampung Waris Biduanda Nan Dua Carak, Dato' Juan Datuk Zulkipli Shamsudin berkata, kerapatan Buapak dan Ibu Soko di Luak Rembau telah sebulat suara memilih pesara guru Hassan Ab Hamid,67, sebagai Undang Luak Rembau ke-22. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description