LG Subscribe perkukuh rangkaian pelan sewa beli peralatan pintar rumah terbesar di Malaysia
12 小时前
PEMBUKAAN LG Subscribe Brand Store ke-130 di Sunway Pyramid Shopping Mall terus mengukuhkan kedudukan LG Electronics Malaysia sebagai rangkaian pelan sewa-beli peralatan pintar rumah berjenama terbesar di negara ini.Pencapaian itu mencerminkan perkembangan pesat LG Subscribe sejak diperkenalkan pada 2019, dengan rangkaiannya kini merangkumi 130 cawangan di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan pengguna terhadap pemilikan peralatan pintar rumah yang lebih fleksibel.Ketika ini, LG Subscribe mempunyai 58 cawangan di Lembah Klang, 29 di kawasan utara, 23 di selatan, 15 di Sabah dan Sarawak serta lima di Pantai Timur.Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, pencapaian itu membuktikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap pelan sewa-beli yang diperkenalkan syarikat berkenaan.Menurutnya, LG komited untuk membolehkan lebih ramai pengguna menikmati teknologi rumah pintar premium melalui kaedah pemilikan yang lebih fleksibel dan mudah diakses."Mencapai 130 cawangan merupakan satu pencapaian buat kami, namun apa yang benar-benar mencerminkannya ialah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap LG Subscribe."Sejak awal lagi kami percaya rakyat Malaysia boleh menikmati teknologi canggih tanpa dibatasi kos pemilikan semata-mata, sebaliknya disokong perkhidmatan dan penjagaan yang berterusan."Pencapaian ini membuktikan pendekatan tersebut tepat dan memberi inspirasi kepada kami untuk terus melangkah lebih jauh," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, setiap LG Subscribe Brand Store dilengkapi Zon Perkhidmatan Penyelenggaraan yang membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat berkaitan penjagaan selepas jualan, penggantian penapis dan servis penyelenggaraan."Kakitangan di setiap kedai turut menggabungkan pengalaman fizikal dan digital menerusi sesi siaran langsung TikTok pada waktu kurang sibuk bagi meluaskan capaian kepada pelanggan."Bersempena pembukaan cawangan baharu itu, LG turut melancarkan Filter Drop Campaign, iaitu program yang menggalakkan pelanggan pelan sewa-beli menghantar penapis terpakai ke LG Subscribe Brand Store untuk dilupuskan secara bertanggungjawab," katanya.Katanya, pelanggan yang menyertai kempen itu akan menerima hadiah percuma, selain membantu mengurangkan pelupusan sisa secara tidak terkawal dan menyokong amalan yang lebih mampan.Justin berkata, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen kelestarian LG yang merangkumi keseluruhan perjalanan pemilikan produk.Menurutnya, peralatan LG Subscribe dilengkapi teknologi inverter yang menggunakan tenaga lebih rendah, sekali gus membantu mengurangkan penggunaan elektrik isi rumah serta mengurangkan kesan terhadap alam sekitar sepanjang jangka hayat produk."Selaras dengan Future Vision 2030, kami sedang mentransformasikan LG menjadi Smart Life Solution Company yang bukan sahaja menawarkan produk, malah mempertingkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan."Komitmen kami terhadap kelestarian bermula daripada penggunaan tenaga ketika produk digunakan sehingga pengurusan komponennya apabila mencapai penghujung jangka hayat," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

