Sakit hanya sebatang gigi tapi doktor klinik cabut 12 batang gigi

16 小时前

Sakit hanya sebatang gigi tapi doktor klinik cabut 12 batang gigi
BEIJING – Sebuah klinik pergigian di China diarahkan memulangkan bayaran rawatan selepas didapati mencabut kesemua 12 batang gigi seorang lelaki warga emas yang pada asalnya hanya mengadu sakit pada sebatang gigi.Mangsa yang dikenali sebagai Li, 63, dari Baoji, wilayah Shaanxi, mendapatkan rawatan di Datuanyuan Dental Clinic pada September tahun lalu selepas mengalami sakit gigi.Menurut Li, beliau tertarik dengan iklan promosi klinik itu yang menawarkan slogan seperti 'Pasang implan gigi pada waktu pagi, makan daging pada waktu petang' dan 'Miliki gigi lengkap, hidup melebihi 100 tahun'.Beliau turut mendakwa kakitangan klinik menghantar kenderaan untuk membawanya ke premis berkenaan serta menawarkan pemeriksaan percuma.Bagaimanapun, Li mendakwa beliau terkejut apabila kesemua 12 batang giginya dicabut dalam satu prosedur sebelum dipasang 10 implan gigi.Lebih mengejutkan, pihak klinik didakwa mengeluarkan keseluruhan wang berjumlah 18,800 yuan (RM11,323) daripada akaun bank dan dompet digital miliknya, selain meninggalkan baki hutang rawatan sebanyak 6,200 yuan (RM3,734)."Apabila anak saya menemui saya, mulut saya dipenuhi darah dan saya hanya tinggal 30 yuan (RM18), cukup untuk tambang bas," katanya.Keluarga Li turut mendakwa klinik berkenaan mengabaikan keadaan kesihatannya walaupun beliau menghidap beberapa penyakit kronik termasuk penyakit jantung koronari, pernah mengalami serangan jantung, diabetes, tekanan darah tinggi serta mempunyai empat stent pada saluran koronari.Keadaan itu memerlukan penilaian rapi sebelum prosedur pencabutan gigi atau pemasangan implan dilakukan.Pakar pergigian dari Hospital Rakyat Universiti Wuhan, Fu Dongjie berkata, pesakit diabetes sepatutnya menjalani prosedur implan hanya selepas keadaan kesihatan mereka stabil.Beliau turut menjelaskan bahawa pencabutan dan pemasangan implan dalam jumlah yang banyak pada satu masa meningkatkan risiko komplikasi serius.Keluarga Li membuat tiga aduan kepada biro kesihatan tempatan dan mendakwa rekod perubatan yang dikemukakan klinik tidak lengkap serta dipercayai telah diubah suai.Antara lain, rekod pesakit didakwa tersilap mencatat jantina Li sebagai wanita, manakala dokumen konsultasi pakar jantung hanya dikemukakan enam bulan selepas prosedur dijalankan.Hasil siasatan yang selesai pada Julai mendapati klinik itu melakukan beberapa pelanggaran prosedur, termasuk gagal menawarkan pilihan rawatan lain, tidak menjalankan penilaian kesihatan praoperasi secara menyeluruh serta tidak menyimpan rekod perubatan mengikut piawaian.Susulan itu, pihak berkuasa mengarahkan klinik memulangkan sepenuhnya bayaran rawatan kepada Li dan menutup premis berkenaan sementara bagi menjalani proses pembetulan.Kes tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial di China, dengan ramai menyifatkan tindakan klinik itu sebagai serius dan membahayakan keselamatan pesakit.-Agensi...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description