China catat sejarah, laksana implan cip otak komersial pertama dunia
13 小时前
SHENZEN – China mencipta sejarah apabila berjaya melaksanakan pembedahan komersial pertama di dunia menggunakan implan antara muka otak-komputer (Brain-Computer Interface, BCI), sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam perlumbaan teknologi neuro yang sebelum ini turut diterajui syarikat Neuralink milik bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk.Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), prosedur itu melibatkan penanaman cip otak bersaiz syiling kepada seorang pesakit yang mengalami masalah pergerakan tangan akibat kecederaan saraf tunjang susulan kemalangan jalan raya kira-kira 10 tahun lalu.Pembedahan berkenaan dilakukan di Hospital Huashan, Shanghai pada Isnin dan berjaya merekodkan isyarat otak epidural yang stabil serta berkualiti tinggi, manakala pesakit dilaporkan berada dalam keadaan baik dengan tanda-tanda vital yang stabil.Peranti dikenali sebagai NEO itu dibangunkan syarikat pemula tempatan, Neuracle Medical Technology, bagi membantu memulihkan fungsi pergerakan tangan.Berbeza dengan kebanyakan implan invasif lain, NEO dipasang pada permukaan luar otak tanpa menembusi tisu otak, sebaliknya membaca isyarat saraf sebelum menterjemahkannya kepada pergerakan tangan.SCMP melaporkan, NEO menjadi peranti BCI invasif pertama di dunia yang mendapat kelulusan untuk penggunaan komersial selepas diluluskan oleh Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China (NMPA) pada 13 Mac lalu.Kelulusan itu membolehkan teknologi berkenaan dipasarkan secara komersial dan tidak lagi terhad kepada penyelidikan makmal atau ujian klinikal.Dalam tempoh hanya empat bulan selepas memperoleh kelulusan, Neuracle berjaya memulakan pengeluaran peranti, memperkenalkannya di hospital, menjalankan saringan pesakit serta memasukkannya dalam skim insurans kesihatan komersial tempatan.Pencapaian itu dilihat sebagai satu lagi langkah besar China dalam usaha menjadi peneraju global teknologi BCI, yang disenaraikan kerajaan negara itu sebagai antara industri strategik masa depan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.Kerajaan China sebelum ini menetapkan sasaran untuk melahirkan dua hingga tiga syarikat bertaraf dunia dalam bidang BCI menjelang 2030, selain mencapai beberapa penemuan teknologi utama menjelang 2027.Sebagai perbandingan, Neuralink milik Elon Musk masih belum menerima kelulusan komersial penuh daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA), meskipun syarikat itu telah menjalankan ujian klinikal melibatkan lebih 20 pesakit menerusi produk pertamanya, Telepathy.Teknologi BCI berpotensi membantu individu yang mengalami lumpuh atau gangguan saraf mengawal komputer, telefon pintar, anggota robotik dan peranti lain hanya menggunakan isyarat otak, sekali gus membuka dimensi baharu dalam bidang rawatan neurologi dan rehabilitasi....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

