Belum selesai isu patin Siam, bangkai ikan pula ditemui di tasik

8 小时前

Belum selesai isu patin Siam, bangkai ikan pula ditemui di tasik
SHAH ALAM – Belum reda isu pelepasan ikan patin Siam di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam, tular pula video memaparkan sejumlah ikan ditemui mati dan terapung di tasik berkenaan sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.Perkongsian itu dimuat naik menerusi akaun Threads h_zaeedhusain, yang mendakwa banyak ikan ditemui mati sehingga ke bahagian tengah tasik.Pemilik akaun itu turut berkongsi video menunjukkan bangkai ikan terapung, selain mendakwa air tasik mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan."Hari ini pun air tasik macam berbau, takut ada pencemaran," katanya menerusi ruangan komen pada hantaran berkenaan.Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan kebimbangan serta menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa sama ada kejadian ikan mati itu mempunyai kaitan dengan pelepasan ikan patin Siam atau berpunca daripada faktor lain termasuk kemungkinan berlaku pencemaran.Sebelum ini, Tasik Barat menjadi perhatian selepas berlaku kesilapan pelepasan spesies ikan asing, iaitu patin Siam atau patin Chao Phraya, sempena Festival Memancing Agro Selangor yang dijadualkan berlangsung pada Ahad depan.Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim berkata, penganjur pertandingan itu mengakui kesilapan berkenaan dan memberi komitmen untuk menangkap semula semua ikan patin Siam sebelum pertandingan memancing diadakan.  ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description