Dadah, ketum lebih RM4 juta dilupuskan

11 小时前

Dadah, ketum lebih RM4 juta dilupuskan
IPOH - Polis Perak melupuskan dadah dan ketum bernilai RM4.08 juta membabitkan 5,000 kertas siasatan bagi kes dari tahun 2000 hingga 2025.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, semua barang kes berkenaan adalah hasil serbuan dan rampasan di 16 daerah polis di negeri ini yang telah selesai melalui segala prosiding mahkamah.Menurutnya, antara dadah yang dilupuskan ialah heroin sebanyak 8,144.22 gram dan 524 mililiter (ml), ganja (2,797.31 gram), syabu (39,288.47 gram dan 20.95ml) serta ketamin (120.55 gram)."Turut dilupuskan ialah ekstasi, yaba, Eramin 5, kafein, ubat batuk, daun ketum sebanyak 282,700 gram dan cecair ketum sebanyak 2,339,648ml," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Pelupusan Barang Kes Dadah dan Ketum JSJN Perak 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Khamis.Mohd Alwi berkata, bagi tempoh Januari hingga 10 Ogos tahun ini, seramai 12,916 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah di Perak.Katanya, seramai 1,934 individu ditahan kerana kesalahan pengedaran dadah, meningkat lapan peratus berbanding 1,795 tangkapan bagi tempoh sama tahun lalu."Daripada jumlah itu, seramai 299 orang ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala 68 lagi ditahan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985," katanya."Bagi kes memiliki dadah pula, seramai 4,482 orang ditahan berbanding 4,509 orang tahun lalu, manakala tangkapan kes urin positif mencatatkan 6,432 orang berbanding 6,697 orang pada tempoh sama 2025," katanya.Mohd Alwi berkata, penurunan tangkapan bagi kes memiliki dadah dan urin positif dilihat sebagai petunjuk positif hasil tumpuan risikan serta operasi terhadap rangkaian bekalan dadah."Pendekatan ini memberi tumpuan bukan sahaja kepada pengguna, tetapi lebih utama untuk menyekat bekalan dadah daripada sampai ke pasaran dengan menumpaskan sindiket, dalang dan perancang," katanya.Sementara itu, bagi tempoh sama, rampasan pelbagai jenis dadah bagi kes pengedaran dan memiliki pula bernilai RM46.33 juta, dengan syabu, ekstasi, heroin dan ganja antara rampasan tertinggi di Perak.Beliau menambah, sebanyak 4,529 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun, dengan 4,327 daripadanya telah dituduh, iaitu pencapaian sebanyak 96 peratus."Tindakan di bawah Akta Perlucuthakan Harta 1988 terhadap pengedar dadah menghasilkan rampasan pelbagai aset bernilai RM4.36 juta termasuk rumah, tanah, barang kemas, kenderaan dan akaun bank," katanya. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description