Kerajaan Negeri Sembilan hantar notis tuntutan baki peruntukan kepada 17 ADUN PH, dua penyelaras

8 小时前

Kerajaan Negeri Sembilan hantar notis tuntutan baki peruntukan kepada 17 ADUN PH, dua penyelaras
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan telah menghantar notis tuntutan baki peruntukan kepada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan dua penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan negeri terdahulu.Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, notis tersebut telah dihantar kepada semua wakil rakyat yang terlibat pada petang Selasa."Petang semalam, Pejabat Menteri Besar telah mengeluarkan notis menuntut baki bayaran kepada semua wakil rakyat PH yang jumlahnya adalah berbeza."Kita memberikan mereka tempoh selama 30 hari untuk membayar balik kepada kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.Sebelum ini media melaporkan seramai 17 ADUN PH dan dua penyelaras DUN daripada kerajaan negeri terdahulu dikehendaki memulangkan semula peruntukan yang diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran DUN pada 5 Jun lalu.Daripada 17 ADUN terbabit, tujuh bertaraf Exco, manakala 10 lagi ialah ADUN biasa.Setiap Exco dikehendaki memulangkan peruntukan berjumlah RM150,000 bagi tempoh Ogos hingga September, ADUN biasa sebanyak RM174,000 bagi tempoh Julai hingga September, manakala penyelaras DUN pula RM150,000 bagi tempoh Julai hingga September.Mengulas lanjut, Ismail memaklumkan bahawa jumlah yang dinyatakan sebelum ini merupakan jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diberikan kepada setiap ADUN.Jelas beliau, sekiranya mereka gagal menjelaskan baki peruntukan tersebut dalam tempoh yang diberikan, tindakan susulan akan dikenakan."Seperti mana yang saya dah nyatakan sebelum ini, yang dah bayar semua adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan lain-lain itu semua kita hantar surat."ADUN Nilai, J Arul Kumar juga ada meminta pertimbangan soal bayaran balik peruntukan itu ketika terjumpa dengan saya sewaktu latihan sambutan 31 Ogos di Padang Majlis Bandaraya Seremban," katanya. ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description