RM251 juta untuk latihan, mana hasil pekerjaannya?
23 小时前
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah digesa mengukur keberkesanan program latihan kemahiran berdasarkan hasil pekerjaan peserta, bukan hanya jumlah kursus, penyertaan atau sijil yang dikeluarkan.Presiden Persatuan Pusat Latihan Kemahiran Sistem Latihan Dual-Nasional (SLDN) Sabah dan Labuan, Nelson Mosinoh berkata, kira-kira RM251 juta diperuntukkan bagi pembangunan sumber manusia, kemahiran, sains dan teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta latihan pertanian menerusi Belanjawan Sabah 2024 hingga 2026.Menurutnya, jumlah berkenaan menunjukkan komitmen besar kerajaan terhadap pembangunan modal insan, namun keberkesanan pelaburan itu wajar dinilai berdasarkan sejauh mana peserta latihan berjaya mendapat pekerjaan dan kekal bekerja."Persoalannya tidak lagi hanya, 'berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk latihan?’. Ia juga perlu meliputi persoalan, berapa ramai peserta yang masih mempunyai pekerjaan selepas enam bulan atau setahun mengikuti latihan berkenaan?’, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, setakat suku pertama 2026, kadar pengangguran Sabah berada pada 5.5 peratus berbanding kadar nasional 2.9 peratus, sekali gus menunjukkan keperluan untuk menilai semula keberkesanan program berkaitan pekerjaan.Beliau berkata, bagi setiap program latihan berkaitan pekerjaan yang dibiayai kerajaan, beberapa indikator perlu dipantau secara sistematik termasuk jumlah peserta yang menamatkan latihan, memperoleh sijil diiktiraf, mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan serta memperoleh pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran dipelajari."Perlu dikenal pasti juga berapa median gaji permulaan mereka, berapa ramai yang kekal bekerja selepas tiga, enam dan 12 bulan serta kos yang ditanggung kerajaan bagi setiap peserta yang berjaya memperoleh dan mengekalkan pekerjaan," katanya.Nelson berkata, data berkenaan membolehkan pembuat dasar mengenal pasti program yang berjaya menghasilkan pekerjaan mampan selain program yang mungkin memerlukan penambahbaikan atau reka bentuk semula.Dalam pada itu, beliau berkata, lebih banyak pertimbangan perlu diberikan kepada model latihan berasaskan tempat kerja seperti Akademi Dalam Industri (ADI) dan SLDN, yang membolehkan industri memainkan peranan secara langsung dalam pembangunan kemahiran melalui latihan sebenar di tempat kerja.Katanya, pendekatan berkenaan boleh disusun bermula dengan kekosongan jawatan yang disahkan, pemilihan calon, latihan khusus majikan, latihan di tempat kerja, penempatan pekerjaan dan seterusnya pemantauan pengekalan pekerjaan selama tiga, enam dan 12 bulan."Ukuran utama bukan sekadar berapa ramai yang kita latih, tetapi berapa ramai yang berjaya kita bawa daripada latihan ke alam pekerjaan dan daripada pekerjaan kepada kerjaya yang mampan," katanya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

