Labur RM1.4 juta dapat kewarganegaraan Argentina
19 小时前
BUENOS AIRES - Kerajaan Argentina pimpinan Presiden Javier Milei pada Jumaat mengumumkan negara itu akan menawarkan kewarganegaraan kepada warga asing yang melabur sekurang-kurangnya AS$350,000 (RM1.4 juta) di negara berkenaan.Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan yang diumumkan sempena Minggu Argentina di Paris menawarkan dua 'mekanisme mudah dan telus' untuk memperoleh pasport Argentina.Pelabur boleh membuat sumbangan langsung yang tidak boleh dikembalikan kepada Perbendaharaan Negara atau melanggan 'bon kerajaan bernilai AS$800,000 (RM3.3 juta) yang diwujudkan khusus bagi tujuan tersebut.Pasangan dan anak pemohon turut layak mendapatkan hak kerakyatan dengan sumbangan sebanyak AS$100,000 (RM408,000) kepada Perbendaharaan atau AS$25,000 (RM102,000) bagi anak berusia di bawah 18 tahun."Dana yang diperoleh akan digunakan untuk terus memperkukuh kedudukan fiskal dan kewangan Buenos Aires," menurut kenyataan kerajaan.Menerusi catatan di platform X, Kementerian Ekonomi memaklumkan pelaburan berkenaan akan melalui proses penilaian ketat bagi memastikan dana dapat dikesan, mencegah pengubahan wang haram dan menjamin keselamatan negara. Namun, beberapa penganalisis mempersoalkan jenis pelabur yang bakal tertarik dengan skim berkenaan."Ia boleh menyebabkan kita menerima pengedar dadah, penjenayah atau individu yang mempunyai latar belakang meragukan dan tidak dibenarkan memasuki negara lain," kata pakar ekonomi Pablo Tigani yang sering mengkritik pentadbiran Milei.Beliau mengamalkan dasar pasaran bebas, mengurangkan perbelanjaan awam, melonggarkan peraturan ekonomi serta menghapuskan halangan perdagangan dalam usaha meningkatkan daya saing Argentina dan menambah rizab dolar kerajaan yang semakin berkurangan.Namun, pelabur masih menunggu untuk melihat sama ada ekonomi negara itu yang tidak menentu itu dapat membuktikan bahawa langkah yang dilaksanakan benar-benar mampu bertahan dalam jangka panjang.Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), ekonomi ketiga terbesar di Amerika Latin itu ketinggalan jauh berbanding Brazil dan Mexico dari segi pelaburan langsung asing tahun lalu. - AFP ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

