Belanjawan 2027: Sabah mahu isu doktor diberi perhatian

18 小时前

Belanjawan 2027: Sabah mahu isu doktor diberi perhatian
RANAU - Kerajaan Sabah berharap kerajaan Persekutuan memberi tumpuan lebih serius terhadap sistem kesihatan negara susulan terdapat dakwaan keengganan doktor perubatan ditempatkan di negeri ini.Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, isu kekurangan doktor khususnya di hospital luar bandar perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan nanti.Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berharap, kementerian-kementerian yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri itu diberikan peruntukan lebih banyak, khususnya bagi menangani kekurangan doktor di hospital luar bandar."Kerana baru-baru ini salah satu daripada isu yang begitu hangat diperdebatkan ialah keengganan doktor-doktor muda untuk ditempatkan di Sabah."Malah kalau kita ambil statistik yang telah diutarakan, ia amat membimbangkan dan disebabkan keengganan penempatan doktor-doktor muda dari Semenanjung ke Sabah ini akan mengakibatkan banyak hospital luar bandar di Sabah terjejas."Perkhidmatannya terjejas kerana tidak cukup doktor. Saya harap ini satu isu yang dapat diberi perhatian khas dalam belanjawan ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Graduasi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau, di sini, pada Sabtu.Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, antara faktor yang dilaporkan menyebabkan doktor muda enggan melaporkan diri di Sabah termasuk isu elaun wilayah, kos membawa barangan serta keperluan berjauhan daripada keluarga.Katanya, selain penambahan doktor, aspek kemudahan hospital dan perkhidmatan sokongan seperti jururawat juga perlu diperkukuh bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik."Pertamanya, saya harap ini dapat diambil perhatian secara serius oleh Kementerian Persekutuan dan sedikit sebanyak dapat diberi tumpuan dalam agihan peruntukan pada belanjawan pada kali ini."Kedua, memperbaiki prasarana dan kemudahan hospital itu sendiri, tempat tinggal doktor, servis sokongan, jururawat dan sebagainya cukup."Kerana salah satu lagi sebab yang saya difahamkan, masalah ataupun keadaan persekitaran kerja di hospital itu agak stres ialah kerana perkhidmatan sokongan seperti jururawat dan sebagainya tidak begitu mencukupi."Hospital bertambah, doktor bertambah, tetapi sektor sokongan itu mungkin terlepas pandang atau tidak cukup dan sebagainya. Ini juga merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian seperti tempat tinggal, perkhidmatan sokongan," katanya.Tambah Masidi lagi, walaupun beliau bukan Menteri Kesihatan namun skim perkhidmatan doktor perlu dilihat kembali agar insentif lebih menarik dapat ditawarkan kepada doktor yang berkhidmat di luar bandar."Saya bukan Menteri Kesihatan, tapi lihat kembali skim perkhidmatan doktor itu sendiri agar dapat menyediakan satu insentif yang lebih menarik untuk membolehkan mereka berkhidmat di luar bandar dengan lebih lama," katanya.Sementara itu, mengulas berkaitan belanjawan itu lagi, Masidi turut berharap kerajaan Persekutuan memberi perhatian kepada bayaran RM900 juta yang telah dijanjikan kepada Sabah menerusi sebahagian daripada bayaran interim 40 peratus."Perkara ini telah pun diumumkan, bayaran RM900 juta telah pun dijanjikan dapat dibayar pada tahun ini."Ia adalah di bawah sebahagian daripada penjelasan interim bayaran 40 peratus," katanya....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description