UAE dedah pembantu juruterbang cuba lakukan 'aksi pengganas' dalam insiden Flydubai

17 小时前

UAE dedah pembantu juruterbang cuba lakukan 'aksi pengganas' dalam insiden Flydubai
ISTANBUL - Siasatan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berhubung insiden kekerasan dalam penerbangan Flydubai awal minggu ini mendapati pembantu juruterbang melakukan 'aksi pengganas' dengan menyerang kapten menggunakan kapak kecemasan, kata pegawai tertinggi undang-undang negara itu, menurut Anadolu Ajansi (AA).Pembantu juruterbang yang terlibat dalam insiden pada Rabu itu cuba menggunakan kapak berkenaan - alat yang disimpan di dalam kokpit bagi kegunaan kecemasan - untuk menyerang kapten dan mengambil alih kawalan pesawat, kata Peguam Negara UAE Hamad Saif al-Shamsi dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi WAM.Siasatan yang sedang dijalankan akan "membongkar semua keadaan insiden, motif, serta rangkaian yang berkaitan," kata al-Shamsi.Beliau berkata dapatan akhir akan diumumkan sebaik sahaja semua prosedur yang diperlukan selesai.Penerbangan Flydubai FZ1073 yang membawa 174 penumpang dari Dubai ke Tel Aviv mendapat kebenaran untuk membuat pendaratan cemas pada Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Sultan bin Abdulaziz di Tabuk, Arab Saudi.Flydubai sebelum ini memberitahu bahawa "pertengkaran telah berlaku di dek penerbangan" dan kru berjaya mengawal keadaan dalam pesawat sebelum ia dilencongkan dengan selamat ke Arab Saudi. - Bernama    ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description