Lelongan tanah RM313 juta Gurney Bay tidak berulang
13 小时前
GEORGE TOWN – Lelongan tanah seluas 2.43 hektar berhampiran Gurney Bay yang gagal menarik minat pembida berkemungkinan tidak akan diadakan semula berikutan pemaju projek Jalan Pintas Air Itam-Tun Dr Lim Chong Eu kini mampu membiayai baki kerja pembinaan menggunakan dana sendiri.Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri belum menerima permohonan baharu daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) untuk mengadakan lelongan semula bagi tanah berkenaan.Menurutnya, lelongan sebelum ini dilaksanakan atas permintaan syarikat tersebut bagi membantu mendapatkan aliran tunai untuk menyiapkan baki projek jalan pintas bernilai RM852 juta itu."Pada ketika itu, syarikat memerlukan aliran tunai. Mengikut perjanjian, kerajaan negeri telah menyediakan tanah untuk dipindah milik kepada syarikat atau pihak yang dinamakan olehnya."Bagaimanapun, bakal pembeli tidak berminat sekiranya tanah itu tidak boleh dipindah milik secara terus kepada mereka."Justeru, syarikat meminta kerajaan negeri membantu mengadakan lelongan awam bagi menarik pembida dan pembeli yang mampu membayar tanah tersebut," katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP- Air Putih) mengenai sebab penjualan 2.43 hektar tanah di Jalan Peter Paul Dason berhampiran Persiaran Gurney menerusi tender terbuka gagal.Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, CZC kini tidak berdepan kekangan aliran tunai dan berupaya menyiapkan baki kerja pembinaan menggunakan pembiayaan sendiri.Menurutnya, projek jalan pintas berkenaan kini melepasi 95 peratus siap dengan kerja-kerja utama pembinaan telah diselesaikan."Baki kerja termasuk pemasangan perabot jalan dan kerja-kerja kemasan dijangka siap menjelang April 2027."Selepas itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan Audit Keselamatan Jalan Raya bagi menentukan sama ada jalan berkenaan sesuai dibuka kepada orang awam," katanya.Sebelum ini, Guan Eng meminta penjelasan sama ada harga rizab tanah berkenaan akan diturunkan sekiranya lelongan semula dilaksanakan serta sama ada kegagalan lelongan itu akan menjejaskan pembayaran bagi projek jalan pintas tersebut.Tanah yang dikenal pasti sebagai PT858 (Plot 7A), Seksyen 2, Bandar Tanjung Pinang terletak di Jalan Peter Paul Dason berhampiran Persiaran Gurney itu ditawarkan pada harga rizab RM1,200 sekaki persegi dengan nilai keseluruhan RM313 juta.Dalam jawapan bertulisnya, Kon Yeow berkata, lelongan berkenaan telah diiklankan dalam akhbar tempatan pada 7 September lalu iaitu sebulan sebelum tarikh lelongan dijadualkan.Selain itu, notis turut disiarkan menerusi laman web rasmi Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang serta Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut selain diedarkan kepada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).Beliau berkata, kerajaan negeri berpandangan hebahan yang dibuat adalah mencukupi untuk menjangkau bakal pembida namun penyertaan bergantung kepada minat serta kesediaan mereka memenuhi syarat lelongan.Mengulas kemungkinan kegagalan lelongan itu memberi kesan terhadap harga hartanah di kawasan sekitar, Kon Yeow berkata, beliau tidak dapat membuat sebarang spekulasi."Susulan lelongan yang gagal itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai sebab tiada pihak berminat. Antara kemungkinan ialah harga yang ditawarkan atau lokasi tanah berkenaan yang mungkin kurang menarik kepada sesetengah pihak."Dalam menentukan harga rizab, kita mengambil kira nilai tanah yang ditetapkan dalam perjanjian serta transaksi tanah lain. Sebagai contoh, tanah milik Sunway di Jalan Pangkor berhampiran Hospital Gleneagles telah dijual pada harga kira-kira RM1,200 sekaki persegi."Memandangkan perjanjian turut menetapkan nilai RM1,200 sekaki persegi, kita menggunakan kadar tersebut sebagai harga rizab tanah ini," katanya. ...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

