MAG terima penarafan kredit tertinggi MARC Ratings
11 小时前
MALAYSIA Aviation Group (MAG) menyambut baik penarafan kredit terbaharu oleh MARC Ratings iaitu MARC-1IS dan AAAIS terhadap cadangan Program Kertas Komersial Islam (ICP) dan Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) Kumpulan (Program Sukuk) yang mencerminkan prestasi operasi stabil, disiplin kewangan serta pelaksanaan strategi berterusan di bawah Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP3.0).Penarafan kredit sulung MAG daripada MARC Ratings itu sekali gus meletakkan syarikat pada skala penarafan tertinggi yang ditawarkan agensi berkenaan selain mengukuhkan kedudukan strategik MAG sebagai syarikat induk kepada syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad serta penyedia perkhidmatan penerbangan bersepadu terkemuka Malaysia.Pada masa sama, ia juga mencerminkan keyakinan terhadap hala tuju jangka panjang Kumpulan, disokong penjajaran strategik kukuh dengan pemegang saham majoritinya, Khazanah Nasional Berhad.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, hala tuju di bawah LTBP3.0 berpandukan perancangan kewangan yang kukuh, ketegasan operasi dan keutamaan komersial yang jelas."Penarafan MARC Ratings memberikan sokongan kepada hala tuju strategik kami ketika merancang pembangunan melangkaui 2030."Kami kekal fokus untuk meneruskan pertumbuhan secara berperingkat dan terukur, termasuk memperkukuh rangkaian serta perkhidmatan dalam penerbangan dan memperluas keupayaan teknikal penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO)."Pelaburan ini turut menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi hab aeroangkasa serantau terkemuka serta menyokong pembangunan ekosistem penerbangan negara," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Bagi menyokong fasa seterusnya transformasi perusahaan, MAG giat melaksanakan projek strategik utama bagi meningkatkan kapasiti dan mempercepatkan pengembangan komersial.Antara inisiatif berkenaan termasuk pelaburan berterusan dalam pemodenan pesawat, pengembangan rangkaian serta peluasan infrastruktur menerusi pembangunan kemudahan katering dalam penerbangan baharu.Bagi membiayai inisiatif itu secara mampan, Kumpulan terus menilai pelbagai pilihan pembiayaan modal secara proaktif, termasuk cadangan Program Sukuk yang sejajar dengan hala tuju kewangan jangka panjangnya.MAG akan terus mengekalkan tadbir urus fiskal yang ketat serta pendedahan maklumat pasaran yang sewajarnya dalam melaksanakan pelan hala tuju pertumbuhannya....
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️

