Terminal baharu Jeti Kuala Kedah mampu tampung 3,000 penumpang, tiga feri berlabuh serentak

9 小时前

Terminal baharu Jeti Kuala Kedah mampu tampung 3,000 penumpang, tiga feri berlabuh serentak
ALOR SETAR – Terminal baharu Jeti Kuala Kedah dijangka siap menjelang akhir tahun 2027 sekali gus meningkatkan keupayaan kemudahan pengangkutan laut yang menghubungkan tanah besar Kedah dengan Langkawi.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, terminal tersebut dijangka mampu menampung sehingga 3,000 penumpang berbanding sekitar 800 penumpang sebelum iniMenurutnya, projek bernilai RM245 juta yang bermula pada 2024 itu mencapai kemajuan kira-kira 50 peratus dan pelaksanaannya dijangka lebih lancar selepas beberapa kekangan pada peringkat awal berjaya ditangani."Struktur bangunan terminal kini sudah mula dibangunkan dan kontraktor akan meneruskan kerja-kerja mekanikal serta elektrikal dalam fasa seterusnya."Penambahbaikan paling ketara menerusi projek itu ialah keupayaan jeti yang membolehkan tiga feri berlabuh secara serentak berbanding hanya sebuah feri sebelum ini," katanya pada Isnin.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di sini.Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Anthony berkata, penambahbaikan kemudahan terminal itu diharap dapat membantu meningkatkan kelancaran operasi feri, selain memberi ruang kepada operator menambah kekerapan perjalanan ke Langkawi.Bagaimanapun, katanya, keputusan menambah perjalanan feri bergantung kepada operator perkhidmatan termasuk kesediaan mereka menyediakan lebih banyak trip atau kemasukan operator baharu."Antara faktor yang mempengaruhi kekerapan perjalanan ketika ini adalah kos operasi, jumlah penumpang serta waktu operasi perkhidmatan," ujarnya.Dalam pada itu, beliau mengakui masalah mendapan di kawasan perairan Kuala Kedah masih menjadi antara cabaran utama yang perlu ditangani bagi memastikan kelancaran operasi feri.Menurutnya, kerja-kerja pengorekan dilakukan secara berkala setiap dua tahun bagi memastikan mendapan tidak menjejaskan pergerakan feri."Untuk jangka panjang, kita sedang mencari penyelesaian bagi menangani isu mendapan ini. Bagaimanapun, lokasi terminal tidak boleh dipindahkan kerana ia berada di kawasan asal," katanya lagi.Terdahulu, Anthony bersama Saifuddin Nasution turut menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Program MATE Domestik (MATEDOM) kepada 65 nelayan, pengendali bot kecil dan penyelia bot pelancongan yang berjaya menamatkan latihan berkenaan.Program itu melayakkan peserta mengendalikan vesel secara sah bagi pelayaran domestik dan dianjurkan Technology Depository Agency Berhad (TDA) dengan kerjasama Sunissa Sdn Bhd selaku Penyedia Program Kolaborasi Industri (ICP) menerusi projek pembangunan Terminal Kuala Kedah....

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description