Cara Check dan Share Digital Roadtax Kereta Online melalui MyJPJ Apps - Insights | Carlist.my
1 month ago
Ketahui cara check dan share digital roadtax kereta online anda di dalam MyJPJ Apps sekarang!
1 Februari lepas seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia iaitu Anthony Loke, ada pengecualian untuk kenderaan persendiriran daripada mempamerkan pelekat road tax pada kereta dan motosikal.
Mulai sekarang, pemilik kenderaan diperkenalkan dengan digital roadtax melalui MyJPJ apps yang dilancarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai cara yang baru untuk Check road tax online. Selain itu, pemilik kenderaan juga boleh meneroka dalam aplikasi MyJPJ.
Digital roadtax untuk pemilik kenderaan persendirian adalah salah satu inisiatif pengurangan kos dari segi masa menunggu lama di kaunter JPJ dan juga kos untuk mencetak pelekat tersebut.
Cara Check Digital Road tax melalui aplikasi MyJPJ
Aplikasi MyJPJ boleh didapati di Google Play dan App Store.
1. Muat turun Myjpj apps di Google Play dan App Store.
2. Selesai muat turun aplikasi, daftar untuk akaun baru, klik “Daftar Akaun Baru”
3. Seterusnya, lengkapkan borang dengan memasukkan butiran dan mencipta kata laluan anda.
4. Boleh log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan pada halaman utama
5. Untuk check digital roadtax anda, klik pada ‘Profil’ di bahagian bawah laman utama.
6. Klik di bahagian ‘Lesen Kenderaan Motor’ untuk melihat salinan digital roadtax anda
7.Dapat melihat Lesen Kenderaan Motor anda di Myjpj apps seperti gambar dibawah
Cara Share Digital Roadtax melalui aplikasi MyJPJ
1. Di halaman aplikasi MyJPJ, klik ‘Profil’
2. Klik ‘Lesen Kenderaan Motor’ dan klik di bahagian ‘No. Pendaftaran Kenderaan’
3. Klik ‘Kongsi LKM’
4. Paparan maklumat Penerima LKM Digital (jika telah dikongsi sebelum ini), klik pada simbol ‘+’ untuk kongsi kepada penerima baharu
5. Masukkan ‘No. KP Penerima’ dan ‘Tempoh’
6. Seterusnya, pengesahan ‘No. KP Penerima’ dan ‘Tempoh’. Klik ‘Ya’.
7. Akhir sekali, paparan ‘Kod Keselamatan’ untuk diberikan kepada penerima bagi mengaktifkan paparan LKM di Myjpj Penerima
Begitu mudah sekali untuk check roadtax secara online dan share dengan MyJPJ di hujung jari anda. Perkhidmatan ini dijangka akan diperluas kepada jenis kenderaan lain oleh JPJ kerana ia dapat membantu pemilik kenderaan menjimatkan kos penghantaran pelekat cukai jalan.
...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free