Paras Sungai Golok semakin meningkat, tahap berjaga-jaga
3 days ago
KOTA BHARU - Paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih ditahap berjaga-jaga namun menunjukkan trend meningkat kepada 7.66 meter setakat 9 malam ini berbanding 7.38 meter tengah hari tadi.
Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan kedudukan itu melebihi paras berjaga-jaga 7.0 meter.
Selain itu, Sungai Kelantan di Kampung Sokor Tanah Merah telah kembali kepada paras normal berbanding sebelum ini di paras berjaga-jaga.
Semua sungai utama lain dicatatkan berada pada paras normal. - Bernama
:...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free
More. from Sinar Harian ⬇️