Pengusaha stesen minyak rugi RM181 juta sejak penyasaran subsidi diesel

3 days ago

Pengusaha stesen minyak rugi RM181 juta sejak penyasaran subsidi diesel
Pada Jun lalu, kerajaan telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel dalam usahanya untuk membendung ketirisan yang semakin berleluasa.

Walau bagaimanapun, langkah itu nampaknya mendatangkan kesan negatif kepada pengusaha stesen minyak di Semenanjung yang mendakwa mereka mengalami kerugian mencecah RM181 juta sejak ia dilaksanakan.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda), Hanny Julia Haron, hampir 3,500 stesen minyak kini mencapai tahap kritikal setelah menanggung kerugian hampir setiap bulan.

Tambah beliau, ia berlaku setelah pengusaha terpaksa membeli bahan api pada harga tinggi tetapi menjual pada harga lebih rendah.

“Sebanyak 98.3 peratus daripada stesen-stesen ini melaporkan kerugian daripada jualan petrol dan diesel menyebabkan ramai pengusaha beralih kepada jualan kedai serbaneka sebagai strategi untuk mengimbangi penurunan pendapatan bahan api.

“Tanpa campur tangan, kesan ekonomi jangka panjang boleh menjadi parah, berpotensi meningkatkan kadar pengangguran dan mengurangkan hasil kerajaan daripada cukai dan levi akibat penutupan stesen atau pengurangan operasi,” katanya.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying mendedahkan bahawa penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun tahun ini membolehkan kerajaan menjana .

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Engear TV ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description