Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak mampu lagi rawat pesakit

19 hours ago

Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak mampu lagi rawat pesakit
KAHERAH - Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit, lapor agensi berita Jerman dpa. Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia turut menghadapi kekurangan bekalan air minuman, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu. Menurut kementerian itu, tentera Israel didakwa enggan membekalkan keperluan asas kepada hospital berkenaan dan menyekat akses doktor serta jururawat. Tentera Israel menuduh Hamas menggunakan kemudahan awam seperti hospital sebagai perlindungan. Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya memberi amaran bahawa beberapa pesakit mungkin meninggal dunia jika bantuan tidak disalurkan segera. Menurut angka Palestin, lebih 45,100 orang telah terbunuh setakat ini, manakala usaha untuk mencapai gencatan senjata berulang kali menemui jalan buntu. - Bernama-dpa ...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Sinar Harian ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description