Kerajaan hentikan pemberian tol percuma semasa musim perayaan
3 days ago
Walau bagaimanapun, amalan itu akan dihentikan bermula tahun ini bagi memberi peluang kepada pelaksanaan subsidi yang lebih bersasar.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.
Tanpa menyatakan pendekatan bersasar berkenaan, beliau berkata: “Tiada lagi tol percuma musim perayaan”.
“Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.
“Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan.
“(Keputusan ini kerana) …kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Imej oleh: BernamaSebelum ini, kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.
Secara puratanya, kerajaan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma.
Pada tahun lalu saja, kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Aidilfitri, Deepavali RM42.31 juta; Tahun Baru Cina (RM41.21 juta) dan RM38 juta pada Krismas lalu.
Pemberian tol percuma pada Krismas lalu adalah yang terakhir sempena musim perayaan yang diberikan kerajaan.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free