Meta dan Oakley Akan Melancarkan Cermin Mata Pintar Untuk Aktiviti Sukan

15 days ago

Meta dan Oakley Akan Melancarkan Cermin Mata Pintar Untuk Aktiviti Sukan
Ray-Ban Meta telahpun mengusai pasaran cermin mata pintar di Amerika Syarikat. Kemampuannya untuk memahami apa yang sedang dilihat menjadikannya pembantu maya yang berguna ketika telefon pintar tiada di dalam tangan. Seterusnya Meta akan bekerjasama dengan Oakley pula untuk melancarkan cermin mata pintar khusus untuk aktiviti sukan menurut . Oakley Sphaera

Cermin mata pintar ini dibangunkan menggunakan nama kod “Supernova 2” dengan rekaannya adalah berasaskan cermin mata Sphaera yang dikeluarkan oleh Oakley. Kamera pada Supernova 2 akan diletakkan di tengah-tengah yang membolehkan ia melakukan rakaman video seperti sebuah kamera aksi. Tiada maklumat mengenai ciri lain tetapi bolehlah diramalkan ia sama dengan Ray-Ban Meta tetapi dengan rekaan lebih tahan lasak.

Oakley berada di bawah payung EssilorLuxottica yang juga pemilik Ray-Ban maka kerjasama antara kedua-dua syarikat adalah munasabah. Tahun ini beberapa cermin mata pintar dijangka dilancarkan ke pasaran dengan ia dilihat sebagai kategori yang akan menggantikan telefon pintar. Apple turut dilaporkan sedang membangunkan versi mereka tetapi tiada tarikh bila akan akan diperlihatkan kepada umum.

]]>...

Read the fullstory

It's better on the More. News app

✅ It’s fast

✅ It’s easy to use

✅ It’s free

Start using More.
More. from Amanz ⬇️
news-stack-on-news-image

Why read with More?

app_description