SPAN Mahu Kerajaan Memandatkan Sumber Air Alternatif Untuk Kegunaan Pusat Data
14 days ago
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka berharap bahawa kerajaan akan memandatkan penggunaan sumber air alternatif untuk digunakan oleh pusat-pusat data sedia ada, dan juga untuk pusat data yang akan bertapak di Malaysia.
Seperti yang sedia maklum, pusat-pusat data yang memproses maklumat pada setiap hari dan setiap masa menggunakan tenaga elektrik dan bekalan air yang banyak untuk menguasakannya dan juga menyejukkan komponen-komponen mesin pelayan.
Charles Santiago, pengerusi SPAN mengatakan bahawa pihak mereka berharap bahawa kerajaan Malaysia akan memandatkan penggunaan sumber air alternatif sebagai cara untuk menyejukkan pusat-pusat data ini, kerana penggunaan bekalan air sedia ada yang dirawat oleh negeri-negeri ini tidak akan mampu menampung permintaan syarikat-syarikat ini dalam masa beberapa tahun.
Beliau berkata bahawa pencarian sumber air alternatif seperti pengumpulan air hujan harus diterapkan dalam proses pembangunan pusat data baru di Malaysia supaya ia tidak mendatangkan isu kepada sumber air yang sepatutnya digunakan oleh rakyat seharian.
Apa yang merisaukan juga ialah sekiranya catuan air terpaksa dilakukan kerana musim kemarau, pusat-pusat data ini akan menghadapi kesukaran untuk beroperasi juga kerana mereka terpaksa bergantung kepada bekalan air terawat oleh kerajaan negeri.
Di Johor sahaja, pusat-pusat data sedia ada dilihat memerlukan sebanyak 440 juta liter air setiap hari untuk beroperasi sehingga 2035 kelak. Di Selangor, permintaan tersebut dilihat pada kadar 79 juta liter setiap hari sehingga 2032, dan angka ini dijangka meningkat kerana penambahan jumlah pusat data yang akan beroperasi di negeri tersebut.
SPAN juga mencadangkan beberapa langkah jangka masa panjang untuk memastikan bekalan air mencukupi bukan sahaja untuk rakyat, tetapi pusat-pusat data ini untuk beroperasi:
Penggunaan air pulih guna: Menggunakan air pulih guna, seperti efluen terawat dari loji penapisan kumbahan untuk tujuan penyejukan Teknologi penyejukan efisien: Menggunakan teknologi penyejukan yang lebih efisien untuk mengurangkan penggunaan air dalam proses penyejukan Sistem pengumpulan air hujan: Menggunakan aplikasi sistem pengumpulan air hujan dalam operasi pusat data. Air hujan yang dikumpul boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti penyejukan. Penggunaan air Recirculation: Singapura menggunakan sistem Cycles of Concentration yang mengitar-semula air yang digunakan untuk menyejukkan pusat data untuk mengurangkan penggunaan air terawat baru untuk menyejukkan pusat data.SPAN mengatakan bahawa mereka sedang meneliti segenap aspek dan sedang membangunkan mekanisma dan penetapan peraturan berkaitan menggunakan air terawat untuk menyejukkan pusat data, dan akan dikongsikan apabila ia dimuktamadkan.
]]>...Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free