ASUS ROG Swift OLED PG27UCDM Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Untuk Harga RM6600
14 days ago
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2025/01/Screenshot-2025-01-03-150550-950x546.png)
Paparan skrin ini menggunakan panel QD-OLED generasi keempat dan mempunyai resolusi 4K dengan kadar segar semula 240Hz. Paparan ini juga tampil dengan sokongan untuk palam HDMI 2.1 dan DisplayPort 2.1a terbaru dengan sokongan penghantaran data UHBR20 yang dilihat menyokong penawaran kad grafik terbaru keluaran AMD dan NVIDIA.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2025/01/ROG-Swift-OLED-PG27UCDM_-Front-950x950.png)
Ia juga tampil dengan nilai kecerahan setinggi 1000 nit, menyokong teknologi paparan HDR10 dan Dolby Vision dan mempunyai ciri ASUS OLED Care Pro, yang mana paparan akan padam dengan sendiri apabila ia mengesan bahawa pengguna tidak ada di hadapan skrin. Ciri ini berguna untuk memastikan bahawa paparan QD-OLED yang digunakan boleh bertahan lama.
Paparan ASUS ROG ini juga tampil dengan satu lagi ciri yang dinamakan OLED Anti-Flicker 2.0 yang mengurangkan isu kelipan paparan apabila kadar segar semula skrin berubah-ubah sewaktu digunakan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2025/01/image-11-950x573.png)
ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa paparan ini akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mac 2025 kelak, dan pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini. Paparan skrin gaming ini akan dijual pada harga RM6600.
]]>...
Read the fullstory
It's better on the More. News app
✅ It’s fast
✅ It’s easy to use
✅ It’s free